![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 01]()
Memandangkan Toyota baru saja membuka buku tempahan untuk Toyota Vios 2021 facelift, persaingan dalam pasaran sedan segmen B semakin hangat. Honda City serba baru dan Nissan Almera yang juga serba baru dengan pelbagai naiktaraf juga tergolong dalam segmen yang semakin hangat ini.
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 02]()
UMW Toyota belum lagi mengumumkan harga rasmi dan kami hanya diberi anggaran harga bagi Toyota Vios facelift ini. Harga anggarannya tinggi sedikit – peningkatan dalam RM 1,000 ke RM 3,100 bergantung kepada varian.
Jika anda berminat untuk menempah kereta ini, di sini kami senaraikan gaji minimum bulanan sebagai panduan untuk anda membuat pinjaman bagi Toyota Vios facelift.
Berapakah gaji minimum untuk pinjaman Toyota Vios 2021 facelift?
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 01]()
Jom kita kira varian Vios yang paling murah terlebih dahulu, contohnya 1.5 J. Harganya bermula dari RM 75,701 (atas jalan tanpa insurans), dan bayaran bulanannya ada kira-kira RM 760 dengan kadar bunga 2.27% bagi tempoh pinjaman 9 tahun.
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 02]()
Berdasarkan kiraan yang disarankan, anda patut mengehadkan bayaran bulanan kereta ini kepada hanya 20% daripada pendapatan bulanan anda. Maksudnya, anda haruslah mempunyai gaji minimum sekitar RM 3,800 sebulan.
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 03]()
Ditambah pula dengan kos insurans, penyelenggaraan, tayar, dan kos penjagaan yang lain, perbelanjaan anda bagi kereta tidak sepatutnya lebih daripada 30% pendapatan bulanan anda.
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 04]()
Tapi, jika anda mahukan spesifikasi tinggi iaitu Vios 1.5G yang didatangkan dengan pelbagai kelengkapan seperti Toyota Safety Sense (TSS), sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, serta kamera 3D 360 darjah – semua ini berharga RM 89,232.
Jika dikira dengan kiraan tadi, anda perlu asingkan sekitar RM 900 sebulan untuk membayar bayaran bulanan model spesifikasi tinggi ini. Dalam erti kata lain, anda perlu mempunyai gaji minimum sebanyak RM 4,450 sebulan.
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 05]()
Senarai di bawah menggambarkan bayaran bulanan bagi Toyota Vios 2021 facelift untuk tempoh pinjaman 5, 7, dan 9 tahun. Kadar bunga yang kami masukkan dalam kiraan ini ialah 2.27%.
Bayaran Bulanan 5 Tahun - Toyota Vios 2021 facelift |
Varian |
Harga (RM) |
Bayaran Bulanan (RM) |
1.5 J |
75,701 |
1,260 |
1.5 E |
85,674 |
1,430 |
1.5 G |
89,232 |
1,490 |
Bayaran Bulanan 7 Tahun - Toyota Vios 2021 facelift |
Varian |
Harga (RM) |
Bayaran Bulanan (RM) |
1.5 J |
75,701 |
940 |
1.5 E |
85,674 |
1,060 |
1.5 G |
89,232 |
1,110 |
Bayaran Bulanan 9 Tahun - Toyota Vios 2021 facelift |
Varian |
Harga (RM) |
Bayaran Bulanan (RM) |
1.5 J |
75,701 |
760 |
1.5 E |
85,674 |
860 |
1.5 G |
89,232 |
900 |
Kadar bunga akan berubah-ubah. Memandangkan situasi terkini, kadar bunga sangat rendah dan anda perlu bertanya pada bank-bank pilihan anda tentang kadar terkini.
Tambahan pula, senarai harga yang disenaraikan ini dikecualikan dari SST yang sah sehingga 31 Disember 2020.
Jangan ambil pinjaman tempoh 9 tahun
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 06]()
Kami ingin pesan lagi sekali tentang risiko mengambil pinjaman bertempoh 9 tahun.
Tempoh pinjaman 5 tahun adalah yang paling bagus
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 07]()
Ya, memang anda terpaksa menanggung bayaran bulanan yang lebih tinggi dengan tempoh pinjaman yang lebih singkat – antara RM 1,260 (Vios 1.5 J) hingga RM 1,490 (Vios 1.5 G), tapi ada baiknya jika anda ambil nasihat kami.
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 08]()
Dipendekkan cerita, pinjaman 9 tahun akan melibatkan kadar bunga yang lebih tinggi. Jika anda ambil tempoh 9 tahun, anda akan membayar antara RM 13,900 hingga RM 16,400 untuk bunga semata-mata.
Jika anda pilih tempoh pinjaman yang lebih pendek, misalnya 5 tahun, anda hanya akan membayar sekitar RM 7,700 hingga RM 9,100 untuk bunga – jauh lebih rendah daripada tempoh pinjaman 9 tahun.
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 09]()
Risiko lain berkaitan tempoh pinjaman yang panjang ialah nilai pasaran kereta anda akan turun dengan lebih cepat berbanding keupayaan anda untuk membayar habis pinjaman kereta tersebut. Percayalah, walaupun kereta yang “king of resale value” pun tidak dapat menyelamatkan anda dari kekurangan ini.
![Toyota Vios 2021 – Berapa gaji minimum untuk lulus pinjaman? 10]()
Tambahan pula, ada kemungkinan yang anda akan terperangkap dalam situasi dimana anda terpaksa menjual semula kereta tersebut atau bila anda nak tuntut ‘total loss’ dari insurans. Anda terpaksa menambah lebih banyak wang sebelum anda boleh langsaikan pinjaman dengan bank kerana baki pinjaman anda lebih tinggi daripada nilai jualan semula di pasaran terpakai.
Ingatlah nasihat kami sebelum anda pergi ke bank untuk membuat pinjaman kereta baru.