Baru sahaja iklan Toyota Vios 2021 facelift diacah malam semalam, kurang 24 jam dari gambar acah tersebut, harga rasmi sudah pun didedahkan. Toyota Vios 2021 facelift kini rasmi, hadir dengan kemaskini keselamatan dan gaya terkini.
Aspek keselamatan dan penggayaan merupakan dua perkara penting yang diberi perhatian pada Toyota Vios terbaru yang dipertingkatkan, menjadikannya lebih atletik dan dinamik dengan penampilan atas jalan yang lebih menonjol.
Kini dilengkapi sentuhan wajah depan dengan bampar baru, Vios terbaru ini tampil dengan gril yang lebih segar, kit aero yang datang sekali dengan lip depan serta lampu utama LED dengan triple bezel baru dengan lampu nyalaan siang (DRL).
Lampu utama baru ini juga turut disambungkan dengan fungsi follow-me-home yang kini ditawarkan pada semua varian J, E dan G sebagai kelebihan kepada pengguna.
Dari segi keselamatan, Toyota Vios 2021 kini turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada ciri amaran pra-perlanggaran (PCS) serta amaran penukaran lorong (LDA).
Lebih menarik lagi, Toyota Vios 2021 kini hadir dengan 7 beg udara, paling banyak dalam kelasnya. Terdapat juga kamera 360 darjah 3D seperti yang dijangkakan, menjadikan Toyota Vios sedan segmen B dengan ciri keselamatan terbaik.
Bagi mereka yang mementingkan hiburan. Toyota Vios 2021 facelift turut dilengkapi dengan skrin infotainment 7 inci dengan fungsi Android Auto dan Apple Carplay! Pelanggan juga dapat memilih 2 pilihan warna baharu iaitu dua pilihan warna baru, Orange Metallic dan Platinum White Pearl di samping warna-warna sedia ada seperti Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic dan Silver Metallic.
Mula dibuka untuk tempahan bermula hari ini secara dalam talian dan disemua bilik pameran sah Toyota seluruh negara, Vios terbaru ini juga datang dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan. Harga mengikut laman web adalah seperti berikut
Pelanggan juga boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui laman web rasmi UMW Toyota bermula 16 November 2020.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2023 Toyota Vios 1.5E AT
Upgrade
Add your car
2017 Honda Civic TC VTEC Premium 1.5
2017 Toyota Corolla Altis G 1.8
Komen