window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi!

Faisal Β· Oct 4, 2022 05:00 PM

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 01

Kredit foto: Mechanic1553.

Toyota Vios 2023 serba baru nampaknya sudah mula menembusi pelbagai pasaran dan sebentar tadi, ia baru sahaja dilancarkan di Arab Saudi (dijual di sana sebagai Yaris).

Di sana, ketiga-tiga varian yang ada (Y, Y Plus, YX) dikuasakan oleh enjin 1.3L NA (1NR-VE, enjin Perodua Myvi 1.3) yang menghasilkan 97 PS dan 122 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT.

Secara teknikal, ia tampil berbeza dengan pasaran Thailand yang mana Vios (Yaris Ativ) di negara jiran ini menggunakan enjin 1.2L 3NR-VE bagi menepati piawaian EcoCar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 01

Kembali kepada Vios di Arab Saudi, kadar penggunaan petrolnya adalah serendah 4.5 liter/100 km. Jadi, dengan kapasiti tangki minyak sebanyak 40 liter, satu isian penuh kiranya boleh pergi sejauh 896 km.

Ciri pada bahagian eksterior dan interior

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 02

Varian asas (Y), kredit foto.

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 03

Varian bawah tiada butang push-start.

Dalam hal ini, Vios di sana datang standard dengan pelbagai kelengkapan. Antaranya seperti:

  • Lampu depan jenis LED
  • Kamera undur
  • Corong penyaman udara belakang
  • Kemasukan tanpa kunci
  • Infotainment 7 inci dengan Apple CarPlay/Android Auto

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 04

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 05

Nak kepada varian Y Plus, ia dipertingkatkan lagi dengan:

  • Rim 16 inci
  • Kluster digital macam Ativa/Alza
  • Penyaman udara digital
  • Kawalan pelayaran adaptif (ACC)
  • Pre-Collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA)

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 06

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 07

Untuk varian teratas iaitu YX, terdapat kelengkapan eksklusif seperti:

  • Lipatan cermin sisi jenis elektrik
  • Lampu belakang jenis LED
  • Infotainment 9 inci
  • 6 pembesar suara

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 08

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 09

Antara ciri yang didatangkan khas buat varian ini juga termasuklah tempat duduk fabrik High Grade, penyaman udara automatik dan stereng kulit.

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 10

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 11

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 12

Bercakap mengenai stereng, varian YX juga mempunyai pelaras jenis teleskopik. Selain itu, varian teratas ini dibezakan dengan ciri butang push start, 6 beg udara dan dua port USB di tempat duduk belakang.

Harga

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 13

Di Arab Saudi, Toyota Vios baharu ditawarkan pada harga seperti di bawah:

  • Y – 62,445 SAR (~RM 77,200)
  • Y Plus – 68,425 SAR (~RM 84,590)
  • YX – 74,405 SAR (~RM 91,980)

Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi! 14

Kredit foto: AbdullahK5.

Setakat ini, Vios baharu nampaknya sudah ada di pasaran Thailand dan Arab Saudi. Bagaimana pula dengan Malaysia? Pelancaran di tanah air kita kalau diikutkan sepatutnya berlangsung pada tahun hadapan tetapi kalau anda lihat sekarang, Toyota Veloz pun belum lagi dirasmikan.

Juga bacaJualan Honda City tetap 'steady', bila agaknya Toyota Vios 2023 serba baru akan dilancarkan di Malaysia?

Apapun, diharapkan tiada apa yang tertangguh kerana pasti ramai yang menantikan pewaris kepada legenda sedan segmen B Toyota ini.

Juga baca2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda