window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios D92A 2023 'tapau' jualan Honda City sekali lagi di Thailand pada Januari, hampir x3 kali ganda!

Zamil Syaheer · Feb 18, 2023 10:00 AM

Toyota Vios D92A 2023 'tapau' jualan Honda City sekali lagi di Thailand pada Januari, hampir x3 kali ganda! 01

Sekali lagi, Toyota Vios D92A 2023 yang bakal ke Malaysia telah mendahului carta jualan Thailand pada Januari 2023, mengatasi pesaing terdekatnya, Honda City hampir x3 kali ganda.

Menurut laman web Thai Headlightmag, sebanyak 5,400 unit Vios D92A 2023 telah dihantar pada Januari 2023. Ia merupakan  jurang yang besar untuk Honda City 2023 yang berada di tempat kedua, dengan hanya 1,817 unit terjual.

Toyota Vios D92A 2023 'tapau' jualan Honda City sekali lagi di Thailand pada Januari, hampir x3 kali ganda! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beginilah keadaan dalam kategori Eco-Car Segmen-B Thailand pada bulan Januari:

Jualan Eco-Car Segmen-B Thailand pada Januari 2023
Model Unit
Toyota Vios D92A 5,400
Honda City sedan 1,817
MG 5 sedan 590
Nissan Almera 507
Mitsubishi Attrage 338
Mazda 2 sedan 255
Suzuki Ciaz 59

Vios D92A 2023, yang dilencanakan sebagai Yaris Ativ di Thailand, mendahului carta buat kali pertama pada September 2022, lebih daripada sebulan selepas penampilan sulungnya di peringkat global. Sejak itu, ia terus menerus mengekalkan posisinya.

Baca juga: Toyota Vios 2023 D92A ialah kereta baru kegemaran rakyat Thailand, lebih 45k tempahan dalam masa 3 bulan!

Toyota Vios D92A 2023 'tapau' jualan Honda City sekali lagi di Thailand pada Januari, hampir x3 kali ganda! 01

Vios D92A 2023 (Yaris Ativ) ditawarkan di Thailand dengan enjin 94 PS / 110 Nm 1.2 liter 3NR-VE Dual VVT-iE yang dipadankan dengan kotak gear Super CVT-i.

Sebagai imbasan, Toyota Vios 2023 serba baharu dibangunkan di bawah kod projek 'D' tatanama Daihatsu D92A, kerana pembangunan itu diterajui oleh Daihatsu, di bawah syarikat dalaman milik bersama Toyota-Daihatsu yang dipanggil Emerging Market Compact Car Company (EMCC).

Toyota Vios D92A 2023 'tapau' jualan Honda City sekali lagi di Thailand pada Januari, hampir x3 kali ganda! 02

Walau bagaimanapun, sementara versi Thai bagi Vios D92A 2023 mendapat empat silinder 1.2 liter untuk melayakkan ia mendapat duti eksais yang lebih rendah di bawah program Eco Car Thailand, pasaran Indonesia telah menerima enjin 106 PS / 138 Nm 2NR-VE 1.5 liter 4-silinder, yang mungkin juga boleh diperolehi oleh rakyat Malaysia.

Namun begitu, mungkin varian hibrid baharu akan menyertai rangkaian Vios D92A 2023 (Yaris Ativ) di Thailand menjelang suku ketiga atau keempat 2023. Ini mungkin mengganggu rancangan Honda di Thailand di mana Honda masih menjual lebih banyak hibrid daripada Toyota, dan mungkin satu-satunya pasaran di mana ia berbuat demikian.

Baca juga: Spekulasi: Toyota Vios Hybrid menyusul tahun 2023, harga lebih rendah daripada City e:HEV!

Toyota Vios D92A 2023 'tapau' jualan Honda City sekali lagi di Thailand pada Januari, hampir x3 kali ganda! 03

Kembali semula le tanah air, bila Vios serba baru akan datang ke sini?

Presiden UMW Toyota, K. Ravindran berkata, “Versi serba baharu terlaris, dan model baharu yang lain (akan) datang tidak lama lagi,” menandakan sedan segmen B ini bakal tiba dalam masa terdekat.

Baca juga: SAH! Toyota Vios 2023 D92A bakal dilancarkan di Malaysia, akan mengegarkan pasaran sedan segmen B!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda