window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios D92A enjin 1.5L pertama akan menyusul di Indonesia selepas Thailand dan Laos!

Haris Β· Oct 11, 2022 11:00 AM

Toyota Vios D92A enjin 1.5L pertama akan menyusul di Indonesia selepas Thailand dan Laos! 01

Vios pasaran Thailand
  • Indonesia akan melancarkan Toyota Vios D92A 2023 yang dibangunkan Perodua hujung minggu ini
  • Pertama di ASEAN dengan enjin 1.5L – model Thailand dan Laos masing-masing menggunakan enjin 1.2L dan 1.3L
  • Diimport dari Thailand

Toyota Motor Indonesia akan melancarkan Toyota Vios generasi D92A serba baharu 2023 pada hari Rabu, 12-Oktober, menurut catatan Facebook oleh portal automotif Indonesia Kendara.

Berbeza dengan Toyota Vios generasi sekarang yang dipasang di kilang pemasangan Kerawang, Indonesia, model baharu akan diimport dari Thailand.

Toyota Vios D92A enjin 1.5L pertama akan menyusul di Indonesia selepas Thailand dan Laos! 02

Vios dijual di Thailand sebagai Yaris Ativ

Spesifikasi masih belum diumumkan tetapi ramalan awal memberi petunjuk bahawa Toyota Vios 2023 akan mengekalkan enjin 1.5 liter 2NR-FE Dual VVT-i kerana enjin ini masih dikira baharu, hanya diperkenalkan pada tahun 2016 dengan kitaran hayat enjin biasanya kekal dijual selama 10 tahun / dua kitaran hayat model.

Seperti sebelum ini, ia akan dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT tetapi bagi Indonesia, transmisi manual 5-kelajuan berkemungkinan untuk ditawarkan pada varian asas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Indonesia juga boleh menjadi pasaran pertama yang melancarkan Toyota Vios D92A 2023 dengan enjin 1.5 liter. Ini mungkin kedengaran aneh kepada pembeli tempatan tetapi Vios tidak dijual dengan enjin 1.5 liter 2NR-FE di kebanyakan pasaran di dunia.

Toyota Vios D92A enjin 1.5L pertama akan menyusul di Indonesia selepas Thailand dan Laos! 01

Mirip Ativa?

Di Thailand, model itu dijual menggunakan nama Yaris Ativ dengan enjin 1.2 liter 3NR-VE Dual VVT-iE yang lebih kecil. Hal ini melayakkan Yaris Ativ untuk mendapat duti eksais yang lebih rendah di bawah program Eco Car Thailand untuk kenderaan dengan kadar penggunaan bahan api rendah.

Ia sedikit mengelirukan kerana terdapat Vios 1.5 liter dijual di sana. Namun, Toyota Vios di Thailand adalah model generasi lama yang diolah semula.

Di Laos dan Arab Saudi di mana Toyota Vios D92A juga telah dilancarkan, model ini dikuasakan oleh enjin 1.3 liter 1NR-VE Dual VVT-i, enjin yang sama yang memacu Perodua Myvi kita.

Justeru, Toyota Vios 2023 Indonesia yang akan datang boleh jadi model pertama untuk generasi D92A yang didatangkan dengan enjin 1.5 liter.

Baca: Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi!

Toyota Vios D92A enjin 1.5L pertama akan menyusul di Indonesia selepas Thailand dan Laos! 02

Sebagai ringkasan, Toyota Vios 2023 serba baharu dibangunkan di bawah kod projek D92A mengikut kod nama Daihatsu kerana pembangunannya diterajui oleh Daihatsu, di bawah syarikat dalaman milik bersama Toyota-Daihatsu bernama Emerging Market Car Company (EMCC).

Jurutera Malaysia daripada Perodua turut menyumbang kepada projek serantau ini kerana Perodua kini merupakan hab R&D serantau untuk Daihatsu, lantas menjadikannya sebahagian daripada EMCC.

Walau bagaimanapun, Vios akan kekal sebagai model eksklusif Toyota maka tiada rebadge Vios berlencana Perodua yang lebih murah akan ditawarkan.

Toyota Vios generasi baharu dibangunkan di atas platform DNGA-B terbaru Daihatsu, yang telah menjadi asas kepada produk-produk seperti Perodua Alza, Toyota Veloz, dan Perodua Ativa.

Toyota Vios D92A enjin 1.5L pertama akan menyusul di Indonesia selepas Thailand dan Laos! 03

Kemas kini mekanikal yang paling penting kepada Vios generasi terkini ialah kemasukan stereng teleskopik. Rak stereng Vios generasi lama hanya boleh melaraskan ke atas/bawah tetapi tidak mencapai. Ia adalah kelemahan terbesar model itu berbanding Honda City.

Baca: Lakaran: Toyota Vios GR generasi baharu, bila boleh ganti Vios GR-S model semasa?

Bila 2023 Toyota Vios generasi baharu akan dilancarkan di Malaysia?

Toyota Vios D92A enjin 1.5L pertama akan menyusul di Indonesia selepas Thailand dan Laos! 04

UMW Toyota Motor dijangka tidak akan melancarkan Toyota Vios D92A 2023 serba baharu sehingga habis separuh pertama 2023. Projek pemasangan tempatan (CKD) Toyota Vios D92A di luar Thailand masih belum bermula dan pemasangan tempatan adalah penting untuk mengelakkan cukai eksais punitif Malaysia.

Hal ini menjelaskan mengapa negara jiran kita yang menggunakan sumber import sahaja (CBU) mampu melancarkan Toyota Vios generasi baharu lebih cepat daripada Malaysia.

Baca: Jualan Honda City tetap 'steady', bila agaknya Toyota Vios 2023 serba baru akan dilancarkan di Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda