window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung?

Faisal Β· Oct 12, 2022 03:00 PM

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 01

Sebentar tadi, PT Toyota-Astra Motor baru sahaja melancarkan Toyota Vios generasi 2023 ke pasaran Indonesia.

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 02

Secara amnya, kesemua varian yang ditawarkan di sana iaitu E, G CVT dan G CVT TSS menggunakan enjin 1.5L NA 2NR-VE yang menghasilkan 106 PS dan 138 Nm tork.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 01

Kuasa pula dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau CVT. Bercakap mengenai CVT, varian yang menggunakan transmisi ini juga lengkap dengan pilihan mod memandu Eco/Power.

Juga bacaToyota Vios D92A enjin 1.5L pertama akan menyusul di Indonesia selepas Thailand dan Laos!

Eksterior

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 02

Varian yang menggunakan rim 16 inci.

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 03

Varian yang menggunakan rim 17 inci.

Pada bahagian luar, Vios 2023 di Indonesia untuk varian bawah hadir dengan roda 16 inci, manakala varian pertengahan dan atas lengkap dengan saiz 17 inci. Kedua-dua varian ini juga menggunakan lampu depan dan belakang jenis LED.

Interior

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 04

Masuk ke bahagian dalam, Vios 2023 di pasaran sana datang standard pembersih udara dan infotainment 9 inci yang lengkap dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 05

Menariknya, ciri kamera 360-darjah tidak ada langsung. Ciri yang ekslusif buat varian lebih atas pula adalah bahan kulit pada bahagian pintu dan konsol tengah, kluster digital 7 inci, brek parkir elektrik (EPB), pelaras stereng jenis teleskopik.

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 06

Istimewa untuk varian paling atas adalah pembersih udara.

Keselamatan

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 07

Seperti yang dimaklumkan, varian atas sekali yang ada Toyota Safety Sense (TSS) datang dengan bantuan keselamatan autonomi (ADAS) yang merangkumi ciri seperti:

  • Adaptive Cruise Control
  • Pre-Collision Warning & Pre-Collision Braking
  • Front Departure Alert
  • Lane Departure Warning & Lane Departure Prevention
  • Pedal Misoperation Control
  • Automatic High Beam (AHB)

Cumanya, ciri Blind Spot Monitoring turut ada pada varian G.

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 08

Dari segi harga, Toyota Vios generasi 2023 di Indonesia ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • 1.5 E M/T – 314.9 juta rupiah (~RM 96k)
  • 1.5 G CVT – 355.2 juta rupiah (~RM 108k)
  • 1.5 G TSS CVT – 368.4 juta rupiah (~RM 112k)

Bagaimana dengan Malaysia?

Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung? 09

Dengan tibanya Vios serba baharu di pasaran jiran seperti Thailand (Yaris Ativ) dan juga Indonesia, pelancaran di Malaysia mungkin hanya menunggu masa tetapi dengan produksi CKD yang perlu menunggu dahulu kilang pertama di rantau ini, pelancaran di tanah air kita mungkin berlangsung pada separuh kedua 2023.

Juga bacaJualan Honda City tetap 'steady', bila agaknya Toyota Vios 2023 serba baru akan dilancarkan di Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda