window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios generasi baharu akan hadir dengan hibrid, seawal tahun 2023?

Haris Β· Aug 28, 2021 07:00 PM

Toyota Vios generasi baharu akan hadir dengan hibrid, seawal tahun 2023? 01

Imej bayangan

Toyota Vios generasi sekarang berada di tahun kelapan kitaran hayat produk dan dijangkakan untuk model baharu tidak lama lagi.

Kini, laporan dari AutoIndustriya telah mendedahkan bahawa Toyota Vios generasi baharu akan dilancarkan di Thailand pada bulan Ogos 2022, diikuti model versi hibrid setahun kemudian pada bulan Ogos 2023.

Nama kod Toyota Vios generasi seterusnya adalah D92A. Apa yang menariknya, ini adalah format kod model Daihatsu. Masih ingat kod model D55L?

Mengapa Daihatsu dan bukan Toyota?

Toyota Vios generasi baharu akan hadir dengan hibrid, seawal tahun 2023? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hubungan Daihatsu ke Vios adalah melalui syarikat Toyota-Daihasu dalaman yang dipanggil Emerging-market Compact Car Company (EMCC). EMCC dibentuk antara Toyota dan Daihatsu pada tahun 2016, dengan tujuan untuk membangunkan kereta kompak untuk kumpulan Toyota Motor yang lebih besar. Di sinilah projek D92A diusulkan.

Toyota Vios generasi baharu akan hadir dengan hibrid, seawal tahun 2023? 01

Malah, rakan kongsi tempatan Daihatsu iaitu Perodua, telah mengesahkan bahawa mereka akan menjadi hab R&D (kajian dan pembangunan) untuk wilayah ini.

Baca: Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu?

Bakal guna platform Daihatsu atau Toyota?

Toyota Vios generasi baharu akan hadir dengan hibrid, seawal tahun 2023? 02

Platform DNGA ​​​​​​

Asas Toyota Vios kekal sama hampir satu dekad (model sekarang hanyalah sekadar facelift dari Vios 2013) memberikan petanda platform baharu untuk sedan ini.

Toyota Vios generasi baharu dipercayai akan dibangunkan di atas platform DNGA - sama seperti Perodua Ativa dan Perodua Alza / Toyota Avanza generasi berikutnya. Platform DNGA adalah berdasarkan platform TNGA dari Toyota tetapi lebih murah dan ringkas.

Baca: Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV!

Mengapa Vios memilih hibrid?

Toyota Vios generasi baharu akan hadir dengan hibrid, seawal tahun 2023? 03

Ketika ini, maklumat mengenai Toyota Vios hibrid baru ini kurang jelas tetapi posisi Vios yang menjadi model mampu milik dalam barisan produk Toyota, ia dijangka tidak akan menerima sistem hibrid penuh seperti Toyota Prius.

Oleh yang demikian, trenkuasa hibrid pada Toyota Vios dijangka berdasarkan sistem hibrid ringan (MHEV) yang lebih ringkas.

Toyota Vios generasi baharu akan hadir dengan hibrid, seawal tahun 2023? 04

Ketika Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018), Perodua telah mempamerkan sistem hibrid ringan milik syarikat tersebut. Ia dilengkapi pek bateri yang terletak di bawah tempat duduk belakang dan motor elektrik yang menghantar tenaga ke roda depan.

Walaupun Perodua atau Daihatsu tidak pernah memberi sebarang maklumat enjin baharu, beberapa sumber media dari Jepun mendakwa bahawa enjin baru ini adalah enjin 3-silinder 1.2 liter yang baru.

Baca: Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda