window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa!

Haris Β· Aug 9, 2022 08:00 PM

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa! 01

Suka atau tidak, Toyota Vios (D92A) 2023 serba baharu telah sahaja membuat penampilan global yang pertama di Thailand. Dipanggil Toyota Yaris Ativ di sana, sedan popular ASEAN tersebut telah melakukan anjakan terbesar dengan menggunakan platform DNGA sebagai asas. Hal ini bermakna, ia malah berkongsi beberapa komponen dengan model DNGA lain - misalnya trio Ativa-Rocky-Raize.

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa! 02

Apa bila dilihat dengan lebih mendalam, walaupun Toyota bermula dengan "T", Vios serba baharu berkongsi bahagian dengan Daihatsu dan pada satu tahap lagi, Perodua. Tak percaya? Buktinya terkimpal pada plat VIN yang menyatakan bahawa model itu "Direka oleh Daihatsu di Jepun".

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa! 01

Dari bahagian luaran, hampir tiada elemen Daihatsu/Perodua yang boleh didapati malah ia tampil dengan rekaan "baby Camry" - mengambil inspirasi daripada model mercu itu. Susunan gril hadapan dan lampu utama kelihatan mirip dengan Toyota Camry.

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa! 02

Hanya apabila anda melangkah masuk ke kabin dalaman, anda mungkin melihat perincian yang lebih jelas ke arah Daihatsu/Perodua. Yang paling ketara ialah reka bentuk stereng yang diambil terus daripada Perodua Ativa.

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa! 03

Butang kawalan berbentuk bulat pada stereng dan butang bawah jejari stereng adalah rekaan ergonomik Perodua. Mungkin juga, direka oleh Perodua? Begitu juga dengan panel instrumen yang mempunyai fon yang sangat dikenali. Wapcar.my pernah memiliki Ativa justeru kami kenal sangat dengan fon tulisan itu.

Namun apa yang masih tidak dapat dipastikan ialah sama ada ia menawarkan pilihan antara muka panel instrumen meter lain seperti SUV kompak itu.

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa! 04

Kemudian terdapat tombol gear yang kelihatan tebal dalam gambar dan merupakan bahagian lain yang dikongsi dengan Perodua Ativa/Daihatsu Rocky/Toyota Raize.

Baca: Toyota Vios semasa sudah mencapai penghujung hayatnya di Indonesia - bersiap sedia untuk Vios D92A?

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa! 05

Butang lain seperti butang kunci pintu dan butang kawalan cengkaman juga mirip seperti apa yang dilihat pada Perodua atau Daihatsu. Termasuk dengan perumahnya sekali.

Kesemua ini membangkitkan persoalan terbesar (atau spekulasi di kalangan mereka yang terbiasa dengan industri kereta Malaysia) iaitu, adakah Toyota Vios akan di-rebadge semula dalam bentuk Perodua?

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa! 06

Sudut yang kurang cantik bagi Vios baharu

Jawapannya mudah. Toyota Vios TIDAK akan dihasilkan semula dalam lencana selain Toyota kerana ia merupakan model Toyota eksklusif semata-mata. Malah, Toyota Vios D92A dibangunkan oleh Daihatsu untuk Toyota dalam syarikat usaha sama yang dipanggil Emerging Market Compact Car Company (EMCC).

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa! 07

Sebagai rakan kongsi teknikal Daihatsu, Perodua turut ditugaskan untuk membantu penyelidikan dan pembangunan (R&D) di rantau ini. Sudah tentu, syarikat automotif Malaysia tersebut dengan senang hati mahu mempelajari lebih mendalam mengenai selok belok penghasilan kenderaan lantas mencurahkan tenaga kerjanya dalam projek yang diminta.

Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa! 08

Ada penutup enjin. Apa barang Alza?

Untuk itu, jangkakan Toyota Vios generasi baharu ini tidak tersasar terlalu jauh daripada harga generasi semasa apabila ia diperkenalkan di Malaysia kelak. Sekadar rujukan, Toyota Vios kini berharga antara RM 77,600 hingga RM 98,100. Jangan sampai nilai tukaran Thai Baht naik tinggi jauh meninggalkan Ringgit Malaysia sudah lah.

Baca: 2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda