Toyota Vios generasi ke-4 di Vietnam bakal terima satu lagi 'facelift'? Spyshot ini menjawab
Faisal · Jan 26, 2023 11:00 AM
Intipan oleh CarSpiritPK. Macam Toyota Prius generasi dahulu.
Baru-baru ini, tertular satu intipan di Vietnam yang berupa sebuah Toyota Vios generasi terdahulu (NSP151) dengan wajah depan yang berbeza. Rim yang dapat dilihat juga nampak lain. Model ini kiranya bukan Vios DNGA (D92A) yang sedang giat menembus pelbagai pasaran di Asia Tenggara.
Menurut laporan lanjut dari AutoPro, pelanggan di pasaran Vietnam sangat suka dengan model terdahulu sampai Toyota terpaksa mengeluarkan satu lagi facelift. Kata laporan itu juga, ia akan dilancarkan di Bangkok Motor Show 2023 yang bakal berlangsung pada akhir Mac nanti.
Kalau anda nak tahu, kelewatan model sebenarnya bukanlah perkara asing dalam industri ini. Sebagai contoh, Pakistan pada Julai 2021 baru melancarkan Honda City generasi lalu (GM6) sedangkan generasi sekarang iaitu model GN2 sudah rasmi sejak tahun 2019 lagi.
Apapun, mengenai Vios generasi baharu, ia setakat ini sudah ada di pasaran Thailand dan Indonesia. Pelancaran di Malaysia pun akan berlangsung tidak lama lagi.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen