window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios mendominasi namun jualan Hyundai Accent kalahkan Honda City di Vietnam (sehingga Ogos 2021)!

Haris · Sep 14, 2021 01:00 PM

Toyota Vios mendominasi namun jualan Hyundai Accent kalahkan Honda City di Vietnam (sehingga Ogos 2021)! 01

Vietnam mungkin tidak mempunyai jumlah pasaran kereta sebesar kita namun negara tersebut masih boleh berbangga dengan 7 jenama yang bersaing dalam pasaran sedan segmen B. Seperti biasa, Toyota Vios menjadi peneraju pasaran dengan pegangan pasaran 47.4%.

Toyota Vios mendominasi namun jualan Hyundai Accent kalahkan Honda City di Vietnam (sehingga Ogos 2021)! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebanyak 987 unit Toyota Vios yang terjual di sana, mengalahkan hampir 6 model pesaing dengan jumlah yang sangat besar. Hal ini mungkin berkait rapat dengan reputasi Toyota di negara tersebut.

Baca: Toyota Corolla Hatchback bakal debut di Vietnam, ditanda dagang

Toyota Vios mendominasi namun jualan Hyundai Accent kalahkan Honda City di Vietnam (sehingga Ogos 2021)! 01

Berikut adalah jadual jualan setakat bulan Ogos bagi sedan segmen B di Vietnam.

Jualan sedan segmen B di Vietnem setakat Ogos 2021
Model Unit Jualan Pasaran (%)
Toyota Vios 987 47.4
Hyundai Accent 712 34.2
Honda City 159 7.6
Mazda 2 86 4.1
Mitsubishi Attrage 69 3.3
Kia Soluto 68 3.3
Suzuki Ciaz 3 >1
Jumlah 2,084  

Toyota Vios mendominasi namun jualan Hyundai Accent kalahkan Honda City di Vietnam (sehingga Ogos 2021)! 02

Menariknya, Hyundai Accent menduduki tempat kedua di Vietnam. Sebanyak 712 unit Hyundai Accent telah terjual yang mampu diterjemahkan kepada 34.2%. Angka ini mengalahkan Honda City yang menduduki tempat ketiga. Sedan Honda yang menjuarai pasaran Malaysia tersebut hanya terjual sebanyak 159 unit, sangat sedikit jika dibandingkan dengan Hyundai Accent dan Toyota Vios.

Toyota Vios mendominasi namun jualan Hyundai Accent kalahkan Honda City di Vietnam (sehingga Ogos 2021)! 03

Pada bulan Januari 2021, Hyundai Accent menggemparkan dengan menjadi sedan segmen B terlaris di Vietnam. Ia dijual lebih murah berbanding Toyota Vios dengan ciri kelengkapan yang menarik seperti sistem infotainment dengan Android Auto dan Apple Carplay, corong udara belakang standard, 6 beg udara dan kamera pandang belakang.

Baca: Hyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam?

Toyota Vios mendominasi namun jualan Hyundai Accent kalahkan Honda City di Vietnam (sehingga Ogos 2021)! 04

Walaubagaimanapun, Toyota Vios kembali menduduki tempat pertama di Vietnam selepas model facelift dilancarkan pada bulan Februari 2021. Model facelift tersebut adalah model yang sama dengan model pasaran Malaysia.

Toyota Vios mendominasi namun jualan Hyundai Accent kalahkan Honda City di Vietnam (sehingga Ogos 2021)! 05

Terbaru, Nissan Almera baru dilancarkan di Vietnam pada bulan Ogos 2021. Walaubagaimanapun, jumlah jualan masih belum diumumkan. Sebanyak 8 jenama bersaing dalam pasaran sedan segmen B ini, pilihan yang banyak dan kemenangan buat pengguna di Vietnam berbanding pilihan jenama yang sangat terhad di Malaysia.

Kredit gambar / berita: Autopro.com.vn

Baca: Hyundai 'tapau sales' Toyota di Vietnam, laku kaw-kaw sepanjang bulan Januari-Mei 2021!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda