window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Wish, Honda Jazz jadi tumpuan lelongan JPJ Kelantan, serendah RM 120 sahaja!

Haris · Jul 8, 2021 11:59 AM

Toyota Wish, Honda Jazz jadi tumpuan lelongan JPJ Kelantan, serendah RM 120 sahaja! 01

Gambar hiasan

Sebanyak 75 buah kenderaan yang telah dilucut hak akan dilelong oleh JPJ Kelantan bermula dari harga serendah RM120 sehingga RM11,800.

Proses lelongan tersebut akan bermula dari 11 hingga 19 Julai 2021 ini. Waktu lelongan pula adalah dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Toyota Wish, Honda Jazz jadi tumpuan lelongan JPJ Kelantan, serendah RM 120 sahaja! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata tawaran sebut harga itu dilaksanakan secara dalam talian bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di pejabat JPJ sekali gus dapat mengekang penularan Covid-19.

“Kaedah ini berbeza dengan lelongan awam apabila mereka tidak perlu hadir ke pejabat JPJ untuk menyatakan sebut harga dan semua akan dijalankan secara dalam talian.

Toyota Wish, Honda Jazz jadi tumpuan lelongan JPJ Kelantan, serendah RM 120 sahaja! 01

Honda Jazz yang disita oleh JPJ Kelantan

“Pelbagai kenderaan yang ditawarkan antaranya Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Proton Saga dan Proton Iswara yang bermula pada harga RM120 sehingga RM11,800,” katanya.

Selain itu, pembeli yang berminat perlu menyediakan sebanyak 5% deposit daripada harga tawaran sebut harga. Deposit tersebut perlu dibayar dalam bentuk bank draf atau kiriman wang ke atas nama Ketua Pengarah JPJ Malaysia.

Keterangan lanjut boleh hubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan menerusi talian 09-766 6905 atau 09-766 6117 atau layari Facebook, JPJNegeriKelantanOfficial.

Bacaan Lanjut:

JPJ Kelantan sita 157 kereta klon, pemilik berdepan denda sehingga RM 20k dan penjara!

Denda RM2k atau penjara 6 bulan untuk pelaku buang sampah dari kenderaan - JPJ Kelantan

Honda Jazz, kereta klon paling banyak tumpas di Kelantan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda