window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback?

Zamil Syaheer · Nov 20, 2020 08:00 PM

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 01

Baru-baru ini UMW Toyota Malaysia membuka tempahan untuk Toyota Yaris 2021 yang dikemaskini untuk pasaran tempatan. Dalam artikel ini, kita akan rungkaikan apa yang anda boleh jangkakan daripada hatchback bukan nasional terlaris ini.

Bila Toyota Yaris dikemas kini akan dijual?

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 01

Sama seperti Toyota Vios 2021, Yaris yang baru bakal memasuki bilik pameran pada bulan Disember. Stok Yaris dah nak habis, dan sumber kami yang dipercayai berkata pembeli yang telah lulus pinjaman mereka bakal mendapat versi kemas kini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Adakah Yaris baru ni lebih mahal?

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 01

Sikit saja – dalam RM 1k+ pada semua varian daripada versi pra-kemaskini. Berikut adalah senarai harga jangkaan:

Senarai harga jangkaan Toyota Yaris 2021
Varian 1.5 J (AT) 1.5E (AT) 1.5G (AT)
Harga tanpa SST, sebelum 31 Dec 2020 RM 71,688 RM 80,591 RM 85,587

Harga dengan SST, selepas 31 Dec 2020

RM 73,000 RM 82,000 RM 87,000

Harga di atas termasuk di atas jalan, tanpa insuran, dan cukai jalan.

Jadi apa yang baru pada Yaris?

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 02

Benda yang paling ketara adalah di bahagian depan. Ada lampu depan LED dan DRL termasuklah bampar baru. Ia nampak agresif tetapi kami berpendapat yang ia nampak lebih matang daripada bampar lama yang agak ‘sibuk’.

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 03

Tiada perubahan pada bahagian sisi, belakang, dan reka bentuk roda. Yaris ini menggunakan kit badan opsyenal pada harga:

  • Aerokit Package 3 (RM 2,800, untuk varian E & G sahaja)
  • Aerokit Package 4 (RM 2,450, untuk varian J sahaja)

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 04

Red Mica Metallic.

Juga ada tiga warna sahaja untuk Yaris kemas kini ini: Red Mica Metallic, Silver Metallic, dan Platinum White Pearl. Warna Citrus Mica Metallic akan dihentikan.

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 05

Perubahan pada Vios sepatutnya serupa dengan versi Thailand. Ini bermaksud tiada perubahan melampau melainkan warna trim dari perak terang ke kelabu gelap.

Apakah ciri dan fungsi baru dalam Yaris?

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 06

Selain rupa luaran, perubahan ketara adalah pada sistem infotainmen. Tiada lagi fungsi MirrorLink kerana kini mempunyai sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 07

Pengecas USB masih lagi ada.

Bakal pemilik juga boleh menambah opsyen pengecas tanpa wayar pada RM 550 (untuk semua varian).

Bagaimana pula dengan ciri keselamatan, ada ADAS?

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 08

Yaris ada blind spot monitor (BSM).

Kali ini Yaris dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS), dan antara ciri yang ada:

Ciri keselamatan Toyota Yaris 2021.
Toyota Safety Suite (TSS) Opsyenal

Autonomous emergency braking (AEB)

Front collision warning (FCW)

Lane departure alert (LDA)

Rear Digital Video Camera (DVR) - RM 350, untuk varian E & G

Vehicle Telematics System (VTS) - (RM 2,000 untuk varian J sahaja, standard pada E & G)

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 09

Monitor panoramik 360 darjah 3D.

Ciri keselamatan lain adalah:

  • 7 beg udara
  • 3D 360-degree panoramic view monitor.
  • Blind spot monitor with rear cross-traffic alert (BSM, RCTA)
  • Front digital video recorder (DVR/dashcam)
  • Vehicle stability control (VSC)
  • Hill-start assist control (HAC)
  • Anti-lock brakes with electronic brake force distribution (ABS, EBD)
  • Brake assist (BA)

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 10

Benda apa yang kekal sama?

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 11

Kami jangkakan tiada perubahan pada tren kuasa Yaris. Enjin 1.5 liter 2NR-VE 4 silinder aspirasi natural menghasilkan 107 PS dan 140 Nm, dipadankan ke transmisi CVT.

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 12

Dari atas mengikut arah jam: electrochromic rear-view mirror dengan DVR, butang headlight leveling/PVM/traction control/drive mode dan meter instrumen.

Terdapat juga cermin pandang belakang ‘electrochromic’, butang mod pemanduan (antara Eco dan Sport), dan meter Optitron dengan paparan info-pelbagai digital.

Ada apa lagi yang saya perlu tahu?

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 13

Yaris Ativ (Vios Malaysia) dan Yaris di Thailand.

Jika anda lebih cenderung kepada sedan, anda boleh baca artikel kami tentang Toyota Vios 2021 yang dikemas kini.

Toyota Yaris ‘facelift’ 2021 bakal tiba di Malaysia – boleh kalahkan City Hatchback? 14

Imej lakaran oleh Indian Autos Blog.

Tapi jika anda inginkan opsyen lain, mari baca maklumat lanjut tentang Honda City Hatchback 2021. Ia bakal dilancarkan di Thailand pada 24 November 2020. Seperti biasa, ikuti perkembangan berita di WapCar.my untuk maklumat lanjut!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda