Toyota jarang dikenali dengan model hatchback mereka di Malaysia. Namun segala-galanya berubah pada tahun 2019 dengan pengenalan Toyota Yaris.
Kali ini, Toyota benar-benar all out dengan Toyota Yaris. Manakan tidak, Yaris dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri berbanding pesaing yang lain - blind spot monitor, rear cross traffic alert, kamera 360-darjah (panoramic view monitor) dan 7 beg udara. 7 tau!
Toyota Yaris 2020 ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Toyota Bukit Raja. Model Toyota Yaris 2020 ini dengan mudah kami katakan, terbaik dalam kelasnya.
Harga Toyota Yaris 2020
Sebelum UMW Toyota menghentikan penjualan model Yaris sebelum ini, harganya adalah sekitar RM100,000. Namun untuk model terbaru ini, harganya bermula pada RM 70,888.
Harga RM 70,888 tersebut diletakkan pada model asas tetapi untuk model asas pun dah dilengkapi dengan 7 beg udara dan kawalan kestabilan elektronik Toyota (VSC). Honda Jazz model asas pun tak dapat ESC ya.
Kalau berkemampuan, varian pertengahan hanya berbeza harga sebanyak RM 6,000 dengan ciri keselamatan penuh. Ini menjadikan Toyota Yaris kereta dengan aspek keselamatan terbaik di dalam kelasnya.
Untuk varian paling tinggi yang berharga RM 83,888, anda akan mendapat tambahan kosmetik yang lebih cantik. Yang ini, tepuk dada tanya selera.
Kelebihan dan kekurangan
Mengikut spesifikasinya, Toyota meletakkan harga yang sangat berbaloi untuk Toyota Yaris 2020. Anda boleh menikmati ciri keselamatan penuh pada varian pertengahan tanpa perlu mempertimbangkan varian paling tinggi.
Dengan 7 beg udara yang standard dalam semua varian, Mazda 2 pun yang lebih mahal pun masih sekadar 2 beg udara. Anda rasa cukup?
Toyota Yaris ditala untuk pemanduan dalam bandar. Walaupun dengan kuasa kuda hanya sebanyak 107 PS and 140 Nm tork, Toyota Yaris tak terasa lembab dalam pemanduan bandar. Malahan Yaris tidak terasa terlalu laju pun, cukup-cukup sahaja.
Kami memang sangat menyarankan Toyota Yaris untuk pemanduan bandar. Hal ini kerana, pemanduan dalam bandar tidak memerlukan kuasa yang tinggi. Lebih penting lagi adalah penjimatan minyak dan kesenyapan kabin di dalam trafik lalu lintas bandar yang menguji kesabaran.
Kesenyapan kabin Toyota Yaris memang sangat memuaskan. Bagi kami, inilah kekuatan Toyota Yaris yang membuatkan Yaris lebih menonjol berbanding pesaingnya. Baca rebiu lain Toyota Yaris di sini.
Ditambah dengan kualiti audio yang memuaskan, ternyata Toyota Yaris akan menjadi tempat kegemaran anda sejurus selepas penat lelah bekerja. Sebagai perbandingan, Honda Jazz mempunyai kualiti audio yang kurang memuaskan dengan sistem infotainment yang teruk!
Jika anda ingin memilih antara Toyota Yaris dengan Honda Jazz dan Mazda 2, berikut kami senaraikan kelebihan dan kelemahan mereka masing-masing.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Toyota Yaris 1.5J
Upgrade
Add your car
Komen