window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam!

Haris · Jun 20, 2020 08:00 AM

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 01

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 02

Tahukah anda, Toyota Yaris yang pernah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2006? Tanda nama Yaris telah bermula lebih 10 tahun yang lalu namun atas sebab-sebab tertentu, Toyota Yaris seolah-olah luput dari ingatan rakyat Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sehinggalah kini, Toyota Yaris kembali dengan warna-warna terang seolah-olah mengumumkan ketibaannya semula di Malaysia.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 01

Apatah lagi, ketibaan Toyota Yaris turut melenyapkan dominasi Honda Jazz di dalam kelas yang sama. 

Jadi, apakah kelebihan Toyota Yaris 2020 ini? Bagaimanakah kualiti pemanduan dan kendaliannya? Kami telah memandu Toyota Yaris 2020 untuk anda.

Rekaan luar

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 02

Toyota Yaris tampak lebih menonjol dengan sisi-sisi tajam. Garis pada permukaan badan Toyota Yaris pula selari menuju ke arah belakang. Terdapat penambahan kit lantai berwarna hitam dengan sedikit rona merah memberikan imej ‘sporty’ kepada Toyota Yaris.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 03

Toyota mengambil langkah yang berani dengan pilihan warna yang terang untuk model Toyota Yaris. Warna-warna tersebut adalah Sitrus Mika Metalik (kuning) dan Merah Mika Metalik. Jika anda kurang yakin dengan Toyota Yaris, anda boleh mengira berapa banyak warna tersebut meluncur di atas jalan raya.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 04

Toyota turut menawarkan pilihan kit ‘Aero’ yang merangkumi spoiler hadapan dan belakang bersama-sama dengan skirting sisi. Untuk varian 1.5G dan 1.5E, spoiler bumbung juga turut ditawarkan. Sudah tentu pilihan kit ‘Aero’ menyempurnakan lagi gaya sporty Toyota Yaris.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 05

Pada unit ujian kami, celahan panel adalah sekitar 3.5mm hinggalah 6mm.

Ketebalan cat secara keseluruhannya agak nipis, sekitar 90 um. Malah, bacaan pintu di sebelah pemandu tiba-tiba menjadi lebih daripada 170 um.

Rekaan dalaman

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 06

Toyota memang sinonim dalam aspek keandalan justeru itu reputasinya turut mempengaruhi rekaan dalamannya. Apa yang kami maksudkan adalah tiada apa yang menarik bagi rekaan dalamannya, hanya warna hitam sebagai warna utama dengan sedikit rona berwarna perak. Nampak bosan tetapi kualiti binaannya akan bertahan lama.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 07

Tempat duduk pemandunya menggunakan jahitan berwarna biru untuk memberikan sedikit kontras kepada warna hitam. Tempat duduknya agak empuk dan selesa, menjadikan Toyota Yaris tempat yang sesuai untuk menghilangkan penat lelah selepas seharian bekerja.

Ruang cubby pada Toyota Yaris adalah cukup namun kurang memuaskan. Hal ini kerana ruang cubby yang ada bersaiz kecil dan tidak begitu praktikal untuk meletakkan barang. 

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 08

Sebagai contoh, ruang pada bahagian konsol tengah lebih dalam dan kurang lebar. Anda hanya mampu memuatkan sebuah bekas cermin mata di dalamnya. Jika anda ingin meletakkan barang lain, barang tersebut akan menimbun di atas. Perkara ini menyukarkan anda untuk mencapai barang yang anda ingini.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 09

Tiada fungsi Android Auto pada Toyota Yaris. Yang terdapat hanyalah fungsi T-Link yang mampu mencerminkan paparan telefon anda ke skrin sesentuh 6.8 inci tetapi paparan telefon anda akan menjadi sedikit kucar-kacir.

Ketika menggunakan fungsi T-Link, paparan telefon saya berubah-ubah daripada mod landskap kepada potret. Kurang pasti sekiranya telefon anda turut mempunyai masalah sama.

Sekadar peringatan, anda tidak boleh menggunakan radio ketika menggunakan fungsi T-Link.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 10

Hanya terdapat 1 port pengecas USB di hadapan manakala 2 port pengecas USB di belakang. Namun bergantung kepada panjang kabel anda, mungkin sukar untuk mengecas telefon anda kerana port pengecas USB di belakang terletak pada konsol tengah.

Prestasi pemanduan dan kendalian

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 11

Secara spesifikasinya, Toyota Yaris mempunyai jumlah kuasa paling rendah di antara 3 hatchback segmen B yang paling popular. Toyota Yaris cuma menjana sebanyak 107 PS kuasa kuda dan 140 Nm tork.

Toyota Yaris hanya mencatat 12.5 saat untuk memecut sehingga 100 km/j manakala catatan masa hanyalah 16.6 saat untuk ujian 0-100-0 km/j. Agak lambat.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 12

Tetapi dalam pemanduan dunia sebenar, Toyota Yaris tidak terasa lemah pun. Kelancaran tork yang baik memberikannya rasa yang sangat responsif. Hal ini membuatkan bacaan kuasa kuda dan tork atas kertas kurang relevan.

Toyota terkenal dengan CVT yang lancar dan tenang. Oleh itu tidak hairanlah kenapa Toyota memberi Yaris ini transmisi tersebut. Namun, sudah tentulah apabila anda menekan minyak lebih tinggi daripada jangkauan tork, Toyota Yaris akan mengaum sedikit.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 13

Pada pendapat kami, pemanduan Toyota Yaris lebih lancar berbanding Honda Jazz.

Toyota Yaris mempunyai suis untuk mengubah mod pemanduan Normal, Eco dan Sport. Suis penukar mod terletak pada papan pemuka sebelah pemandu bersama-sama dengan butang fungsi yang lain.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 14

Pemanduan juga terasa yakin di atas jalanraya. Kendalian Toyota Yaris tidak terasa ringan pada kelajuan tinggi, ternyata cukup untuk memberikan keyakinan.

Stereng juga terasa ringan untuk dikendalikan berbanding Honda Jazz namun kendalian ketika mengambil selekoh masih tidak mampu menandingi Mazda 2. Secara keseluruhannya, pemanduan dan kendalian Toyota Yaris cukup selesa dalam bandar.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 15

Keselesaan pemanduan

Seperti ‘abang’nya Toyota Vios, Yaris turut mempunyai sistem suspensi yang lembut. Hal ini bermakna anda perlu berhati-hati ketika melalui permukaan jalan yang tidak rata. Kelebihannya pula, pemanduan melalui lebuhraya yang lurus menjadi sangat selesa.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 16

Lebih seronok lagi, sistem suspensi tersebut datang bersama kabin yang senyap

Tahap kesenyapan ketika ujian dunia sebenar menunjukkan bahawa pemanduan pada kelajuan 60 km/j mencatat bacaan 54 desibel sementara pada kelajuan 90 km/j mencatat bacaan 62 desibel.

Pada kelajuan pemanduan 110 km/j, Toyota Yaris mencatat 68 desibel. Bacaan-bacaan menunjukkan tahap kesenyapan kabin yang terbaik dalam kelasnya.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 17

Memang seronok apabila memandu Toyota Yaris ni apabila ditemani dengan bunyi dari radio, seolah-olah terpencil daripada hiruk-pikuk kota raya.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 18

Namun, pada bahagian penumpang pula, ruang saiz kakinya agak kecil jika dibandingkan dengan Honda Jazz. Hal ini akan menjadi lebih parah lagi apabila anda seorang yang tinggi.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 19

Untuk mengimbangi kekurangan tersebut, Toyota Yaris mempunyai ruang di sebelah bahu yang lebih luas berbanding Honda Jazz.

Kadar penggunaan bahan api

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 20

Toyota Yaris mencatatkan kadar penggunaan minyak sebanyak 5.8L/100 km dalam keadaan trafik ‘stop-go’  dan keadaan pemanduan lebuh raya. Jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain, memang Toyota Yaris mempunyai kadar penjimatan minyak paling terbaik dalam kelasnya.

Konklusi

Toyota Yaris 2020 baru ini didatangkan dengan pakej terbaik dalam keseluruhan aspek luar dan dalam. Toyota Yaris menawarkan pemanduan lancar yang menyeronokkan dan konsisten dengan kabin yang selesa.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 21

Bahagian dalamannya mungkin sedikit mengecewakan dari segi ruang penyimpanan dengan skema warna bosan tetapi cukup selesa dengan sistem audio yang memuaskan untuk keselesaan pemanduan jarak jauh.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 22

Bagi aspek keselamatannya pula, anda akan mendapat VSC Toyota biasa dengan kawalan cengkaman dan Blind-Spot Monitor (tidak berbunyi seperti pada Toyota Vios) ditambah dengan Rear Cross Traffic Alert, dan kamera pandangan 360 darjah. Dengan jumlah beg udara sebanyak 7, ternyata inilah hatchback segmen B yang sangat mementingkan keselamatan anda.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 23

Tidak dapat dinafikan, hatchback segmen B telahpun didominasi dengan Honda Jazz semenjak 2014. Namun dengan ketibaan Toyota Yaris yang dipakej sempurna, ternyata pasaran kini memihak kepada Toyota. 

Dengan harga RM 83,888 untuk spesifikasi tertinggi, Toyota Yaris memang sebuah pembelian yang berbaloi berbanding Mazda 2 dan Honda Jazz.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 24

Untuk perbandingan dengan Perodua Myvi, kami akan biarkan pembaca untuk berdiskusi hal ini di bahagian komen.

Akhir sekali, Toyota Yaris sememangnya sebuah kereta dengan pakej yang sempurna. Jika ada penambahan Android Auto, mungkin tiada lagi keluhan kami terhadap Toyota Yaris.

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam! 25

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda