window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris 2021: Tempahan dibuka - bermula RM 71,688, TSS, 3 varian

Faisal · Nov 2, 2020 11:26 AM

Toyota Yaris 2021: Tempahan dibuka - bermula RM 71,688, TSS, 3 varian 01

Baru sahaja diacah tempoh hari, UMW Toyota Motor (UMWT) telah membuka tempahan untuk Toyota Yaris 2021. Masih lagi dipasang tempatan (CKD), Toyota Yaris yang dikemaskini (facelift) akan dilancarkan pada Disember ini.

Varian dan harga

Anggaran harga Toyota Yaris 2021
Varian 1.5J (AT) 1.5E (AT) 1.5G (AT)
Harga RM 71,688 RM 80,591 RM 85,587

Harga yang dianggarkan adalah termasuk pengecualian cukai SST sehinga 31 Disember 2020. Menariknya, Vehicle Telematics System (VTS) dan Toyota Premium Security and Solar Firm akan didatangkan secara standard pada varian E dan G.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Yaris 2021: Tempahan dibuka - bermula RM 71,688, TSS, 3 varian 01

Antara ciri baharu pada Toyota Yaris 2021 ialah sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Dengan kos tambahan sebanyak RM 550, pembeli juga boleh memiliki ciri pengecas telefon tanpa wayar (wireless charger).

Spesifikasi

Toyota Yaris 2021: Tempahan dibuka - bermula RM 71,688, TSS, 3 varian 02

Seperti model facelift, tren kuasa yang sama masih beransur. Ia masih menggunakan enjin 2NR-FE dengan padanan transmisi CVT yang menghasilkan 107 PS dan 140 Nm tork.

Toyota Yaris 2021: Tempahan dibuka - bermula RM 71,688, TSS, 3 varian 03

Terdapat perubahan minima pada bahagian luaran walaupun roda dan bahagian belakang masih mengekalkan penampilan yang sama. Kali ini, Toyota Yaris didatangkan dengan lampu hadapan LED. Namun begitu, pilihan warna telah dihadkan kepada tiga iaitu Platinum White Pearl, Silver Metallic, dan Red Mica Metallic.

Sistem keselamatan

Toyota Yaris 2021: Tempahan dibuka - bermula RM 71,688, TSS, 3 varian 04

Toyota Yaris 2021 didatangkan dengan sistem bantuan keselamatan ADAS melalui Toyota Safety Sense (TSS). Walaupun tidak selengkap Toyota Camry, ia masih mempunyai brek kecemasan automatik (AEB) dan Lane Departure Alert (LDA).

Toyota Yaris 2021: Tempahan dibuka - bermula RM 71,688, TSS, 3 varian 05

Ciri seperti kamera 360-darjah, amaran titik buta (BSM), amaran pelintas bahagian belakang (RCTA), dan perakam DVR dashcam masih didatangkan seperti sebelum ini. Secara umumnya, Toyota Yaris 2021 didatangkan dengan:

  • Kawalan kestabilan (ESC)
  • Hill-start Assist (HAS)
  • Brek anti-kunci (ABS dan EBD)
  • Brake Assist (BA)

Pelancaran

Toyota Yaris 2021: Tempahan dibuka - bermula RM 71,688, TSS, 3 varian 06

Toyota Yaris 2021 bakal dilancarkan Disember ini beserta dengan Toyota Vios. Menurut informasi yang kami terima, pembeli yang telah diluluskan pinjaman akan mendapat model facelift terus walaupun tempahan sudah dibuat sebelum perasmian pembukaan tempahan ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda