Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz?

Zamil Syaheer · Nov 4, 2020 08:00 PM

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 01

Tempoh hari UMW Toyota Motor (UMWT) membuka tempahan untuk Toyota Yaris 2021 yang telah dikemas kini. Hadir dalam tiga pilihan warna, Yaris 2021 hadir dengan bumper depan yang lebih agresif dan lampu depan LED serta LED DRL.

Sepertimana yang ramai tahu, pesaing rapat pada Yaris adalah Honda Jazz. Apakah yang best dan tak best tentang kedua hatchback ini? Sama-sama kita rungkaikan.

Harga – Honda Jazz lagi murah

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 02

Harga rasmi untuk Toyota Yaris hanyalah anggaran kerana ianya akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember ini. Kedua Yaris dan Jazz datang dalam tiga varian, dan Honda Jazz lebih murah untuk varian pertengahan dan teratas.

Harga Toyota Yaris (anggaran)
Toyota Yaris 1.5 J (AT) 1.5 E (AT) 1.5 G (AT)
Harga (anggaran) RM 71,688 RM 80,591 RM 85,587
Harga Honda Jazz
Honda Jazz  1.5 S (AT) 1.5 E (AT) 1.5 V (AT)
Harga RM 72,511 RM 78,161 RM 84,955

Harga yang dipaparkan disini adalah dengan cuti cukai SST dan hanya sah sehingga hujung tahun 2020. Kalau nak bandingkan harga semata-mata, memang Jazz menang.

Spesifikasi – dua-dua pakai enjin 1.5 liter dan CVT, tapi Jazz lagi 'power'

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 03

Kedua hatchback ini dilengkapi dengan enjin 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan transmisi CVT.  Yaris 2021 masih lagi  menggunakan enjin 2NR-FE. Senang cerita, keduanya lebih kurang sama dari segi tren kuasa, tapi Honda Jazz mempunyai kuasa kuda dan tork yang lebih tinggi.

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 04

Maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi Yaris belum dikeluarkan, tapi jika anda berminat untuk mengetahui angka prestasi kedua hatchback ini, lihat di bawah:

Spesifikasi & Prestasi
  Toyota Yaris Honda Jazz
Enjin 1.5-L 4 silinder NA 1.5-L 4 silinder NA
Transmisi CVT automatik CVT automatik
Kuasa kuda 107 PS @ 6,000 rpm 120 PS @ 6,600 rpm
Tork 140 Nm @ 4,200rpm 145 Nm @ 4,600 rpm
Brek (D/B) Cakera/Cakera Cakera/Dram
Suspensi depan MacPherson strut MacPherson Strut
Suspensi belakang Torsion Beam Torsion Beam

Dimensi – Yaris lebih besar dan gah

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 05

*Dimensi anggaran diambil daripada Yaris pra-facelift.

Toyota Yaris nampak lebih gah kerana saiznya yang lebih besar. Dimensi Yaris yang telah dikemaskini masih lagi belum diketahui tetapi rasanya tidak banyak berbeza.

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 06

Jika anda inginkan hatchback yang lebih besar, maka Yaris adalah pilihan utama anda.

Perbandingan dimensi
  Toyota Yaris* Honda Jazz
Panjang 4,145 mm 3,989 mm
Lebar 1,730 mm 1,694 mm
Tinggi 1,475 mm 1,524 mm
Jarak Roda 2,550 mm 2,530 mm
Berat 1,140 kg 1,099 kg
Radius pusingan 5.7 m 5.4 m

Kelengkapan – Yaris ada Android Auto

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 07

Sebab Jazz ini adalah model dari tahun 2018, maka sistem infotainmennya sedikit kebelakang. Bukan sahaja Yaris dilengkapi dengan lampu depan LED, malah ia ada ciri penyambungan telefon (Android Auto/Apple CarPla). Kedua hatchback ini didatangkan dengan fungsi mod ECO untuk pemanduan yang menjimatkan minyak, tetapi Yaris ada mod Sports bagi mana yang inginkan sedikit keseronokan

Perbandingan kelengkapan
  Toyota Yaris Honda Jazz
Lampu depan LED Halogen
DRL LED LED
Android Auto/Apple CarPlay Yes No
Mod ECO Yes Yes
Mod Sports Yes No
Hill-start assist Yes Yes

Keselamatan – Jazz perlukan pembaharuan

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 08

Toyota Yaris dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS), walaupun ianya versi yang lebih ringkas berbanding Toyota Camry. Terdapat juga kamera 360 darjah yang memudahkan tugasan parkir. Seperti kebanyakkan kereta baru, Yaris juga dilengkapi dengan Digital Video Recorder (DVR). Jadi senang lah nak buat ‘claim’ kalau ada orang cari pasal.

Perbandingan keselamatan
  Toyota Yaris Honda Jazz
Beg udara 7 6
Bantuan brek Yes Yes
ADAS TSS No
Kamera 360° Yes No
DVR Yes No
RCTA Yes No
Blindspot assist Yes  No
ASEAN NCAP 5-star (2017;Vios) 5-star (2014)

Ruang Interior – Honda memang juara bab ni

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 09

Dengan ciri Ultra Seat, anda boleh menggunakan pelbagai konfigurasi di dalam Honda Jazz termasuklah “mod tinggi” yang membolehkan bangku tempat duduk belakang dilipat. Kabin Toyota Yaris pula lebih sempit dah tidak sepraktikal Jazz.

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 10

Rear seats of the Honda Jazz can be folded up

Inilah dia perbandingan ringkas berdasarkan apa yang kami tahu setakat ini.

Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz – baloi lagi ke nak angkut Jazz? 11

Honda Jazz sudah berada di pasaran sejak tahun 2018 dan memang boleh nampak yang ia perlukan pembaharuan untuk bersaing dengan Yaris, terutama sekali sistem ADAS.

Dengan kemas kini baharu, Yaris ialah opsyen yang paling menarik untuk sesiapa yang mencari hatchback segmen B.

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2019 Toyota Yaris 1.5J

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru