window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris 2021 – ‘facelift’ tak cukup garang? Masuklah kit badan Drive68!

Zamil Syaheer · Nov 2, 2020 02:00 PM

Toyota Yaris 2021 – ‘facelift’ tak cukup garang? Masuklah kit badan Drive68! 01

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini baru sahaja membuka tempahan untuk Toyota Yaris 2021. Kemas kini ketara boleh dilihat di reka bentuk bampar depan baharu yang kini tidak tersenyum seperti dulu.

Toyota Yaris 2021 – ‘facelift’ tak cukup garang? Masuklah kit badan Drive68! 02

Secara peribadi, penulis amat gemarkan reka bentuk bampar depan baharu ini kerana ia membuatkan Yaris nampak lebih garang. Tetapi bagaimana pula jika ada yang rasakan kemaskini ini masih boleh nampak gempak lagi?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Yaris 2021 – ‘facelift’ tak cukup garang? Masuklah kit badan Drive68! 01

Jiran kita di Thailand ada solusinya. TERstudio, salah satu pengeluar kit badan terkenal di Thailand menawarkan kit badan Drive68 bagi Yaris 2021 yang jauh lebih bergaya!

Toyota Yaris 2021 – ‘facelift’ tak cukup garang? Masuklah kit badan Drive68! 02

Reka bentuk bampar depan menggunakan reka bentuk yang sedia ada, tetapi gril tengahnya dipanjangkan dan labuh sedikit ke bawah dengan garisan merah. Kemudian terdapat  penambahan ‘valance’ di sisi siap penutup lampu kabus, membuatnya nampak lebih agresif.

Toyota Yaris 2021 – ‘facelift’ tak cukup garang? Masuklah kit badan Drive68! 03

Reka bentuk kit yang lebih labuh serta garisan merah ini juga ada pada skirting sisi dan bampar belakang. Terdapat penambahan diffuser di tengah dengan dua ekzos tip bagi melengkapkan imej sporty kit Drive68 ini.

Toyota Yaris 2021 – ‘facelift’ tak cukup garang? Masuklah kit badan Drive68! 04

Kalau dah ‘lowered’ dan tukar rim lebih besar, nampak hensem gila! Dalam imej lakaran ini juga anda boleh lihat terdapat spoiler bumbung Drive68, tetapi ini tak siap lagi rasanya.

Toyota Yaris 2021 – ‘facelift’ tak cukup garang? Masuklah kit badan Drive68! 05

Apa pendapat korang tentang kit badan Drive68 ini? Gempak atau kit asal dari Toyota dah cun bagi korang? Tinggalkan komen di bawah!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda