Toyota Yaris 2023 gen baru bakal jadi Perodua Myvi DNGA 'rebadge' baru

Mersita · Aug 10, 2022 09:00 AM

Toyota Yaris 2023 gen baru bakal jadi Perodua Myvi DNGA 'rebadge' baru 01

Apabila Toyota mengeluarkan ‘teaser’ D92A 2023 Toyota Vios beberapa minggu lalu, beberapa bahagian sedan segmen B tersebut dikesan tampak serupa dengan Perodua Ativa – memberi klu tentang kaitan Vios dengan Daihatsu.

Toyota Yaris 2023 gen baru bakal jadi Perodua Myvi DNGA 'rebadge' baru 02

Memandangkan D92A Vios sedang dibangunkan oleh Daihatsu, kita tahu yang ia tak ada versi Perodua atau Daihatsu. Bagaimanapun, menurut OtoDriver, Yaris iaitu Vios versi hatchback akan ada versi Perodua/Daihatsu. Ini boleh disamakan dengan ketetapan yang ditentukan antara D27A Perodua Alza dan Toyota Veloz.

Toyota Yaris 2023 gen baru bakal jadi Perodua Myvi DNGA 'rebadge' baru 01

Toyota Yaris generasi terkini ditunjukkan

Berbekalkan maklumat ini, besar kemungkinannya yang 2023 Toyota Yaris generasi seterusnya akan menjadi model kembar bagi Perodua Myvi generasi baru kelak.

Toyota Yaris 2023 gen baru bakal jadi Perodua Myvi DNGA 'rebadge' baru 02

Perodua Myvi generasi terkini ditunjukkan

Lagipun, Perodua Myvi kini sudah memasuki tahun kelima dalam produksi dan model serba baru dijangka akan muncul tidak lama lagi.

Toyota Yaris 2023 gen baru bakal jadi Perodua Myvi DNGA 'rebadge' baru 03

Apabila Perodua Myvi generasi baru itu keluar kelak, ia akan mengikut jejak langkah Perodua Ativa dan Perodua Alza dalam penggunaan platform DNGA. Platform DNGA ini secara amnya adalah platform TNGA Toyota versi bajet.

Imbas semula, Myvi sudah diberi pelbagai pembaharuan pada November 2021. Hatchback segmen B popular ini dipadatkan dengan bermacam-macam naiktaraf keselamatan berserta D-CVT (Dual-mode CVT) yang juga boleh didapati pada Ativa dan Alza.

Toyota Yaris 2023 gen baru bakal jadi Perodua Myvi DNGA 'rebadge' baru 04

Enjin 2NR telah dibawa masuk ke dalam banyak model keluaran Perodua dan Toyota

Myvi generasi baru (dan Yaris, pada tahap tertentu) dijangka akan didatangkan dengan kelengkapan-kelengkapan ini. Enjin petrol ‘naturally-aspirated’ 2NR 4 silinder turut dijangka untuk menggerakkan Myvi atau Yaris generasi baru di masa hadapan.

Sebagai info, model-model Perodua yang baru seperti Ativa dan Alza dibangunkan dengan kerjasama antara Perodua dan Daihatsu. Pengeluar kereta dari Jepun itu telah menubuhkan sebuah syarikat dalaman bersama Toyota yang dipanggil Emerging Market Compact Car Company (EMCC). Syarikat ini bertanggungjawab dalam membangunkan kereta-kereta kompak untuk kumpulan Toyota Motor.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Yaris 1.5J

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru