window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris dan Toyota Vios dominasi pasaran segmen B bantu penjualan Toyota bulan Oktober!

Haris · Nov 4, 2020 06:00 PM

Toyota Yaris dan Toyota Vios dominasi pasaran segmen B bantu penjualan Toyota bulan Oktober! 01

UMW mengumumkan bahawa anak syarikat mereka UMW Toyota Malaysia telah berjaya menjual sebanyak 6,468 unit kenderaan pada bulan Oktober, meningkat 15.4% daripada 5,605 unit yang dijual pada bulan September.

Dalam sebuah pengumuman dari pihak mereka, penjualan kenderaan yang tinggi ini dipacu oleh bantuan pengecualian cukai jualan untuk kenderaan yang diumumkan.

Toyota Yaris dan Toyota Vios dominasi pasaran segmen B bantu penjualan Toyota bulan Oktober! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa penyumbang utama penjualan pada bulan Oktober adalah Toyota Vios, Toyota Yaris dan Toyota Hilux.

"Setelah menjual 43,807 unit untuk sepuluh bulan pertama tahun 2020, UMWT berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran penjualan sebanyak 53,000 unit untuk tahun ini," katanya.

Toyota Yaris dan Toyota Vios dominasi pasaran segmen B bantu penjualan Toyota bulan Oktober! 01

Pada 2 Nov yang lepas, Toyota Malaysia turut membuka tempahan untuk Toyota Yaris yang dikemaskini dan bakal dilancarkan pada bulan Disember 2020.

Ura-ura turut mengatakan bahawa Toyota Vios juga bakal menerima kemaskini pada bulan Disember 2020 walaupun baru sahaja dilancarkan tahun lepas.

Toyota Yaris dan Toyota Vios dominasi pasaran segmen B bantu penjualan Toyota bulan Oktober! 02

Rekaan Toyota Vios baru?

UMW turut menegaskan bahawa mereka merancang untuk mengukuhkan posisi mereka dalam pasaran hatchback segmen B, di mana Proton Iriz juga kalah dengan Toyota Yaris. Juara tentunya Perodua Myvi yang juga masih di bawah rangkaian syarikat naungan UMW.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, UMW itu berjaya melakukan pemulihan yang kuat pada separuh kedua tahun ini, hasil daripada pengecualian cukai jualan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu industri automotif tempatan berikutan gangguan yang disebabkan oleh wabak Covid -19.

Sumber: The Edge

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda