window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k!

Haris · Aug 11, 2021 11:59 AM

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 01

PT Toyota Astra Motor, pengedar Toyota di Indonesia telah mengambil keputusan untuk meletakkan lencana GR-Sport secara berleluasa. Beberapa model Toyota di sana menerima varian GR-Sport menjadikan Toyota Yaris GR-Sport suatu realiti. Namun, ia tidak boleh disamakan dengan Toyota GR Yaris tau!

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 02

Vios edisi Vios Challenge dengan manual 5-kelajuan dan Vios GR-Sport dengan CVT 10-kelajuan gear maya

Sekurang-kurangnya, pengedar Toyota Malaysia iaitu UMW Toyota Motor memperkenalkan Vios GR-Sport, ia menggunakan casis yang dipertingkat dengan talaan oleh juara perlumbaan tempatan dari Toyota Vios Challenge - Tengku Djan. Malah, perisian transmisi CVT turut menerima pemetaan semula bagi memberikan '10-gear maya'.

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 03

Toyota Avanza Veloz GR-Sport

Namun langkah Toyota Indonesia hanyalah sekadar menggantikan nama TRD Sportivo dengan GR Sport. Kebanyakan model tidak menerima peningkatan mekanikal, hanya perubahan gaya yang sangat minimal. Bagi Toyota Yaris, ini dapat dilihat pada bahagian spoiler belakang dan bibir bawah bumper sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan antara Toyota Yaris pasaran Malaysia dan Toyota Yaris GR Sport pasaran Indonesia. Nampak perbezaannya?

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 01

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 02

Atas: Toyota Yaris GR Sport pasaran Indonesia. Bawah: Toyota Yaris pasaran Malaysia

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 03

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 04

Atas: Toyota Yaris GR Sport pasaran Indonesia. Bawah: Toyota Yaris pasaran Malaysia

Walaubagaimanapun, satu-satunya kelengkapan yang dilihat 'setaraf' dengan lencana GR-Sport adalah pilihan transmisi manual 5-kelajuan. Malah, varian manual ini bukanlah varian terbawah kerana ia dilengkapi dengan 7 beg udara.

Enjin 1.5 liter Dual VVT-i 2NR-FE masih dikekalkan dengan puncak kuasa pada 107 PS / 140 Nm.

Juga bacaBerminat dengan Toyota Yaris 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 05

Harga Toyota Yaris GR-Sport adalah sekitar IDR 268,800,000 (sekitar RM 78.9k) untuk varian 3 beg udara manual hingga IDR 273,400,000 (sekitar RM 80.3k) untuk varian 7 beg udara manual, manakala varian 7 beg udara CVT berharga sehingga IDR 284,000,000 (sekitar RM 83.4k).

Sebagai rujukan, harga Toyota Yaris di Malaysia adalah sekitar RM 70,940 hingga RM 84,808, harga sah sehingga 31-Disember 2021.

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 06

Hierarki tanda nama GR, GRMN sudah digabungkan dengan GR

Sebagai rangkuman, hierarki Toyota Gazoo Racing terbahagi kepada dua peringkat. Model apex iaitu GR tulen seperti GR Supra, GR Yaris, dan GR86 hadir sebagai model tunggal, tiada model varian biasa yang ditawarkan.

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 07

Model di bawah GR menerima varian GR Sport, mirip aturan Mercedes-Benz AMG Line atau BMW M Performance - kereta biasa dengan casis yang dinaik taraf, talaan yang lebih sporty dan penyangga casis tambahan.

Sekurang-kurangnya ini adalah perancangan asal dari Toyota Gazoo Racing. Namun, langkah Toyota di rantau ini (kecuali Malaysia) jelas menunjukkan hierarki ini tidak diikuti.

Toyota Yaris GR-Sport 2021 didedahkan - manual 5 kelajuan, harga dari RM 79k! 08

Toyota Corolla Altis GR Sport

Ya, Indonesia tidak sendirian kerana Thailand juga menawarkan Toyota Corolla Altis GR Sport yang menampilkan prestasi sifar atau dalam erti kata lain ia hanya pakej gaya varian teratas - kembali kepada era TRD Sportivo.

Adakah ini akan menjejaskan lambang GR-Sport? BMW dan Mercedes-Benz telah melakukan perkara yang sama sejak sekian lama dan peminat nampaknya tidak begitu mempedulikan prestij ini, hanya kebolehpasaran yang penting.

Model Toyota GR-Sport lain:

Idamkan model GR-Sport, RWD? Toyota Avanza GR-Sport baru sedia 'drift' dengan bergaya!

Toyota Agya GR-Sport, kembar iras Perodua Axia dengan sentuhan GR!

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda