window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris: Pencabar terbaru dalam segmen yang kompetitif.

Haris · May 24, 2020 08:00 PM

Toyota Yaris: Pencabar terbaru dalam segmen yang kompetitif. 01

Toyota Yaris merupakan sebuah hatchback segmen B yang baru dilancarkan oleh Toyota. Model ini dibawa masuk untuk memberi cabaran langsung kepada model seperti Honda Jazz, Mazda 2, Kia Rio, Peugeot 208, dan Volkswagen Polo.

Harga Toyota Yaris

Harga bermula dari RM 70,888 untuk varian pengenalan 1.5J. Spesifikasi pertengahan 1.5E berharga RM 76,888, sementara 1.5G varian teratasnya berharga RM 83,888. Harga berdasarkan harga atas jalan, tanpa insurans.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Semua varian Toyota Yaris menggunakan enjin petrol 4 silinder 1.5 liter yang menghasilkan kuasa sebanyak 107 PS dan 140 Nm tork. Transmisi CVT automatik yang menggerakkan tayar hadapan juga digunakan dalam semua varian Toyota Yaris.

Toyota Yaris: Pencabar terbaru dalam segmen yang kompetitif. 01

Pilihan kami antara semua varian adalah varian 1.5J. Pada hemat kami, varian ini cukup untuk kebanyakan pembeli kerana UMW Toyota Motor telah melakukan tugas yang baik dalam melengkapkan Toyota Yaris.

Bayangkan, pada varian pengenalan 1.5J, anda akan mendapat fungsi Kemasukan Pintar (Smart Entry) dengan butang penghidup enjin, 7 beg udara, kawalan kestabilan dan kawalan cengkaman.

Toyota Yaris: Pencabar terbaru dalam segmen yang kompetitif. 02

Bagi mereka yang tiada kekangan kewangan, Toyota Yaris 1.5G adalah pilihan yang lebih baik kerana ia merangkumi sejumlah peralatan keselamatan tambahan seperti Pemerhati Titik Buta (Blind Spot Monitor) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert) dan Perakam Video Digital (DVR) hadapan. Varian 1.5G juga mendapat penyaman udara automatik zon tunggal, stereng pelbagai fungsi yang dibalut kulit, kluster meter Optitron dan sistem audio 6 pembesar suara.

Kebaikan dan Kekurangan Toyota Yaris 2019

Sama seperti Toyota Vios, Toyota Yaris menawarkan tahap kesenyapan dan kesempurnaan kabin yang unggul. Tidak keterlaluan sekiranya kami mengulas bahawa tahap kesenyapan dan kesempurnaan lebih baik berbanding Honda Jazz.

Toyota Yaris juga dilengkapi dengan ciri keselamatan yang cemerlang dengan kelengkapan 7 beg udara untuk semua varian. Kawalan kestabilan dan kawalan cengkaman juga didatangkan standard bagi setiap varian Toyota Yaris.

Toyota Yaris: Pencabar terbaru dalam segmen yang kompetitif. 03

Kelemahan Toyota Yaris adalah ruang simpanan pada kabin yang terhad berbanding ruang simpanan yang ditawarkan oleh beberapa pesaing lain (Honda Jazz). Enjin petrol 1.5 liter Toyota Yaris juga sedikit lesu jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain.

Apa Alternatif Toyota Yaris 2019?

Alternatif segmen B yang lain bagi Toyota Yaris adalah Honda Jazz (RM 70,242 - RM 88,600), Mazda 2 (RM 76,670 - RM 95,170), dan Kia Rio (RM 79,888).

Toyota Yaris: Pencabar terbaru dalam segmen yang kompetitif. 04

Honda Jazz menawarkan bahagian dalaman yang lebih praktikal berbanding Toyota Yaris. Hal ini kerana Honda berjaya memuatkan sejumlah ruang simpanan secara bijak di keseluruhan kabin Jazz. Honda Jazz turut menawarkan Ultra Seats yang fleksibel bagi menambahkan kredibilitinya.

Sungguhpun begitu, kami berasa kecewa dengan sistem infotainment Jazz yang sudah ketinggalan zaman dalam segmennya. Ketiadaan fungsi jam dan kegagalan untuk memaparkan karakter-karakter dalam bahasa Mandarin mengehadkan penggunaannya.

Toyota Yaris: Pencabar terbaru dalam segmen yang kompetitif. 05

Selain itu, terdapat juga Mazda 2. Mazda 2 disempurnakan dengan bahagian dalaman yang cantik ditambah pula dengan pakej perjalanan dan pengendalian yang terbaik dalam kelasnya.

Kekurangannya adalah bahagian but belakang model ini tidak begitu praktikal berbanding Yaris atau Jazz. Mazda 2 juga kekurangan ciri-ciri keselamatan kerana semua varian Mazda 2 cuma mendapat 2 beg udara di hadapan. Tiada beg udara bahagian sisi badan ataupun bahagian sisi kepala.

Toyota Yaris: Pencabar terbaru dalam segmen yang kompetitif. 06

Terdapat sebuah lagi alternatif lain iaitu Kia Rio. Hatchback Korea ini menawarkan penampilan yang elok ditambah dengan nilai yang lebih berbaloi.

Sesuai dengan harganya, satu-satunya varian Rio 1.4 EX menawarkan 6 beg udara, kawalan kestabilan dan cengkaman, cermin pandang belakang yang dimalapkan secara automatik, Apple CarPlay, Android Auto dan Sistem Pengesan Titik Buta (Blind Spot Detection System). Kelemahannya adalah enjin pernafasan biasa 1.4 liter kereta ini agak lembab untuk mendaki kelajuan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda