window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200

Faisal · Jun 23, 2021 09:00 AM

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 01

Kalau anda perasan, Toyota Land Cruiser 300 2022 serba baru kelihatan hampir sama dengan Land Cruiser 200 yang sebelumnya. Hakikatnya, perkara sebegini bukanlah asing dalam industri ini.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 02

Pengeluar kereta sering mengambil model terdahulu sebagai ukuran penanda aras untuk menghasilkan produk yang lebih baik. Antara kriteria yang diambil kira ialah keselamatan, penjimatan minyak, ruang dalam kabin, kemudahan pemanduan dan bermacam-macam lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 01

Walaupun gaya Land Cruiser 300 (LC 300) nampak lebih kurang sama dengan LC 200, ia sebenarnya diinspirasikan oleh LC 80 yang dikeluarkan pada tahun 90-an. Di Malaysia Timur sendiri, ia dikenali sebagai ‘Land Cruiser Ninja Turtle’.

Juga baca: Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 02

Land Cruiser 80 'Ninja Turtle' - 4X4 terbaik setakat ini?

Sewaktu membangunkan LC 300, Toyota meletakkan fokus untuk mengembalikan aura Land Cruiser yang terdahulu.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 03

Land Cruiser 200 yang ada sekian lama.

Menurut ketua jurutera LC 200 sebelum ini, pelanggan sering menganggap Land Cruiser sebagai keluarga mereka sendiri.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 04

Land Cruiser 200, nampak hampir sama dengan Land Cruiser 300?

Tetapi sejak tahun 2007, dunia telah berubah dengan begitu drastik. Maka itu, terhasillah cabaran yang lebih hebat.

Selain mengeluarkan produk yang lebih selesa, lebih berkebolehan dan lebih selamat, jurutera LC 300 juga perlu menghasilkan sesuatu yang menepati piawaian penjimatan minyak dan kadar pelepasan.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 05

Kalaulah pembangunan LC 300 bermula dari LC 200 yang berkuasa V8, sudah tentu ia gagal dalam mematuhi piawaian persekitaran hari ini.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 06

Jadi, ketua jurutera LC 300 perlu bangunkan Land Cruiser generasi baru yang bukan sahaja menepati piawaian hari ni, tetapi masih kekal dengan aura Land Cruiser yang asal iaitu boleh dipercayai, tahan lama, dan boleh digunakan dengan lasak.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 07

Untuk maklumat anda, kekuatan ini dimiliki oleh tidak lain tidak bukan, Land Cruiser 80.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 08

Yang pastinya, Toyota tidak boleh keluarkan LC 80 lagi kerana ia sudah tidak sesuai dengan piawaian persekitaran hari ini. Menariknya, Toyota masih menjual Land Cruiser 70 tetapi ia hanya untuk beberapa pasaran sahaja.

Walau bagaimanapun, kualiti yang ada pada LC 80 sebenarnya lebih ideal untuk bangunkan sebuah Land Cruiser baru yang lebih ringan, menjimatkan minyak, dan tahan lasak.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 09

Sewaktu dunia tanpa skrin yang mengarut-ngarut.

Sebab ini jugalah Toyota kekal dengan casis ladder frame (sekarang dinaik taraf dengan teknologi kimpalan yang lebih baik – 120% lebih kukuh dan 200 kg lebih ringan).

Selain itu, nisbah emas antara jarak roda dan lebar trek belakang yang ada pada LC 80 dikatakan memberi keseimbangan sempurna dari segi pengendalian dan prestasi offroad. Disebabkan ini, Land Cruiser moden seperti LC 200 masih kekal dengan dimensi yang lebih kurang sama dengan LC 80.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 10

Land Cruiser 80 mempunyai 'golden ratio' terbaik di antara jarak roda dan lebar trek belakang.

Maka itu, terjawablah kenapa LC 300 nampak hampir sama LC 200 walaupun ia hadir dengan platform TNGA, enjin V6 baru, dan transmisi 10 kelajuan automatik. Apapun, trenkuasanya diletakkan lebih rendah dan lebih belakang untuk pemanduan yang lebih seimbang.

Untuk pengetahuan anda, susunan yang ada pada LC 200 sebelum ini sudah cukup ideal.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 11

Kabin Land Cruiser 300.

Menambah jarak roda pasti meningkatkan tahap keselesaan tetapi itupun kalau lebar trek belakang ditambah secara berkadaran.

Namun begitu, jarak roda yang terlebih panjang boleh buatkan kereta tersekat ketika melalui bukit pasir yang curam. Trek belakang yang lebar pula tidak akan muat untuk menjelajahi hutan yang sempit.

Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200 12

Land Cruiser 300 GR Sport.

Di samping itu, mengubah bampar untuk visual yang begitu berbeza dengan LC 200 juga akan menjejaskan sudut kelegaan depan dan belakang.

Apapun, butiran lanjut mengenai LC 300 akan kami ceritakan sebaik sahaja ia dilancarkan di pasarannya sekitar Ogos 2021. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.

Juga bacaSejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda