window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Trafik naik 2 juta sehari sempena Hari Natal, cuti hujung tahun; Ikut TTA Plus, kurangkan kesesakan

Mersita · Dec 22, 2022 02:00 PM

Trafik naik 2 juta sehari sempena Hari Natal, cuti hujung tahun; Ikut TTA Plus, kurangkan kesesakan 01

Pada ketika ini jumlah trafik harian di lebuh raya kendalian PLUS telah meningkat kepada 1.8 juta kenderaan sehari berbanding 1.6 juta sehari yang direkodkan pada tahun 2019. Namun begitu, PLUS menjangkakan lonjakan trafik kepada 2 juta kenderaan sehari bersempena dengan cuti perayaan Krismas dan hujung tahun bermula 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata lebih daripada 1.8 juta kenderaan direkodkan secara konsisten berikutan bermulanya cuti sekolah.

Trafik naik 2 juta sehari sempena Hari Natal, cuti hujung tahun; Ikut TTA Plus, kurangkan kesesakan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Berdasarkan corak perjalanan pelanggan dan data trafik ketika cuti perayaan dan cuti hujung tahun yang lalu, kami menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan melalui rangkaian lebuh raya kami setiap hari. Oleh itu, pelanggan lebuh raya disarankan untuk mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA). Pada masa yang sama, pelanggan jugadinasihatkan bersedia untuk menempuh tempoh perjalanan yang lebih panjang disebabkan lonjakan trafik ini. Jadual TTA ini boleh dirujuk di laman web PLUS di www.plus.com.my atau saluran-saluran media sosial kami,” jelas beliau.

Perjalanan dari Lembah Klang (pada 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023)

Pelanggan lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 10:00 pagi. Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya di antara jam 12:00 tengah hari hingga 4:00 petang. 

 

Trafik naik 2 juta sehari sempena Hari Natal, cuti hujung tahun; Ikut TTA Plus, kurangkan kesesakan 01

Perjalanan ke Lembah Klang (pada 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023)

Pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 10:00 pagi untuk perjalanan kembali semula ke Lembah Klang daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan negeri-negeri lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda