window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Trak elektrik Volvo bakal menyusul, PLUS juga komited bangunkan stesen pengecas sepanjang lebuh raya!

Haris · Aug 15, 2022 02:00 PM

Trak elektrik Volvo bakal menyusul, PLUS juga komited bangunkan stesen pengecas sepanjang lebuh raya! 01

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Volvo Trucks Malaysia (Volvo) bekerjasama dalam memacu keselamatan dan mewujudkan penyelesaian lestari bagi industri kenderaan berat di Malaysia. Pengarah Urusan PLUS dan Volvo Trucks Malaysia memeterai kolaborasi tersebut melalui majlis menandatangani perjanjian di Persada PLUS baru-baru ini.

Kerjasama julung kali di antara kedua-dua organisasi ini termasuklah bertukar-tukar kepakaran dan teknologi dalam industri serta sumber ke arah mencapai sistem yang lebih selamat untuk pengguna kenderaan berat. 

Trak elektrik Volvo bakal menyusul, PLUS juga komited bangunkan stesen pengecas sepanjang lebuh raya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kerjasama ini juga akan memberi laluan kepada PLUS untuk merancang dan memudahkan pembangunan stesen pengecasan kenderaan elektrik untuk kenderaan komersial di lebuh raya kendalian PLUS.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, “PLUS kini sedang menyediakan pembangunan infrastruktur pengecasan yang diperlukan untuk menyokong kenderaan penumpang elektrik di lebuh raya kami. Ini merangkumi persediaan untuk trak elektrik dan kenderaan komersial pada masa akan datang.

Menerusi kolaborasi ini, Volvo Trucks Malaysia juga akan memperkenalkan pengangkutan Elektromobiliti pertama di Malaysia selaras dengan usaha global mereka dalam menyokong agenda pelepasan karbon yang lebih rendah.

Trak elektrik Volvo bakal menyusul, PLUS juga komited bangunkan stesen pengecas sepanjang lebuh raya! 01

Menurut Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Anthony O’ Connell, “Industri pengangkutan telah berkembang pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Inovasi teknologi telah menggerakkan kami ke arah meningkatkan kecekapan dan standard keselamatan yang lebih tinggi dan Volvo Trucks berada di barisan hadapan dalam memacu kemungkinan ini. Potensi yang ditawarkan oleh automasi, elektromobiliti dan kesalinghubungan melalui pendigitalan sistem pengangkutan, adalah sangat besar.” 

“Dengan pemilikan awal kepada akses pangkalan data industri fleet dalam peruntukan pengoperasian dan senario dunia sebenar, kami muncul sebagai peneraju utama dalam memacu penerimaan dan meningkatkan manfaat industri fleet dan kesannya kepada perniagaan secara menyeluruh,” tambahnya.

“Kelestarian telah menjadi kekuatan yang sangat kuat yang merupakan perdebatan berterusan dalam ruang mobiliti. Kami ingin menjelaskan bahawa Volvo Trucks bertekad untuk memacu industri kami ke arah masa depan yang lestari,” katanya lagi.

Trak elektrik Volvo bakal menyusul, PLUS juga komited bangunkan stesen pengecas sepanjang lebuh raya! 02

Menerusi satu inisiatif global Kumpulan Volvo iaitu Program Iron Women, kerjasama strategik ini akan membolehkan Volvo meningkatkan status sosio-ekonomi pemandu trak profesional di Malaysia dan mendorong perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam pemilikan sumber dan penglibatan peranan semua jantina (gender inclusivity) bagi menangani kekurangan pemandu mahir dan terlatih dalam industri. PLUS juga akan berkongsi program ini dengan ahli PLUSTrack sebagai sebahagian daripada sasaran Volvo kepada pelanggan kenderaan berat. 

“Kami teruja untuk berada di barisan hadapan yang melakukan perubahan. Kami benar-benar berharap kerjasama dengan VOLVO Trucks Malaysia ini akan menjadi langkah positif ke arah meningkatkan keselamatan pelanggan lebuh raya dan untuk memacu elektromobiliti dalam industri kenderaan komersial,” kata Datuk Azman.

Baca: TNB labur RM 90 juta, khas untuk bina stesen pengecas EV di sepanjang Lebuhraya PLUS!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia