window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023?

Faisal · Dec 4, 2020 06:00 PM

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023? 01

Dilakar oleh Kleber Silvia, KDesign AG

Setelah hampir sedekad mengghaibkan diri dari pasaran trak pikap, Hyundai akan melancarkan 2 model sekaligus untuk pasaran antarabangsa.

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023? 02

Konsep Hyundai Santa Cruz, bukan untuk pasaran kita

Model yang pertama ialah sebuah trak bersaiz penuh yang akan dibina khusus untuk pasaran Amerika Selatan bagi menyaingi Ford F-150. Model ini akan dibina berdasarkan konsep Hyundai Santa Cruz. Walau apapun, model ini tidak relevan untuk pasaran kita.

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023? 03

Sebaliknya, pasaran kita akan mendapat model yang sama saiz dengan Toyota Hilux. Pesaing trak pikap yang terulung ini akan dibina di kilang Hyundai yang terbaru di kompleks industri Deltamas, Jakarta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023? 01

Apabila siap pada tahun 2021, kilang ini boleh menampung kapasiti produksi sehingga 150,000 kenderaan setiap tahun dimana separuh daripadanya akan dieksport. Sekiranya diperlukan, kapasiti ini boleh ditingkatkan kepada 250,000 kenderaan.

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023? 02

Menurut sumber yang sahih, terdapat 3 model yang akan dihasilkan di kilang ini. Antaranya ialah sedan segmen B (Hyundai Accent generasi seterusnya), sebuah SUV (Hyundai Creta), dan sebuah MPV yang akan bersaing dengan Toyota Avanza.

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023? 03

Walau apapun, terdapat sumber baru yang mengatakan bahawa Hyundai mempunyai satu lagi perancangan untuk pasaran Asia Tenggara dimana mereka hendak bersaing dengan Toyota Hilux. Trak pikap ini bukan sahaja akan dieksport ke Thailand, malah negara Australia turut berada di dalam perancangan Hyundai Motor Group.

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023? 04

Untuk maklumat anda, Malaysia juga tersenarai di dalam perancangan mereka. Berdasarkan struktur cukai di negara kita, trak pikap dikategorikan sebagai kenderaan komersil dimana ia akan dikecualikan daripada cukai eksais. Oleh itu, tiada sebab untuk Hyundai mengecualikan pasaran Malaysia.

Namun begitu, trak pikap Hyundai ini dijangka akan tiba di Malaysia sekitar tahun 2023.

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023? 05

Mitsubishi Triton Quest ialah satu-satunya trak pikap rendah di Malaysia

Persoalannya, konsep produk manakah yang Hyundai akan terapkan untuk trak pikap mereka? Secara keseluruhan, pasaran trak agak rumit dimana ia hadir dengan pelbagai gaya badan seperti 'single cab' dan 'double cab'. Malah di Thailand, variasi untuk varian yang hadir boleh memeranjatkan anda.

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023? 06

Komponen yang ringkas, tahan lasak, murah untuk dijaga, boleh diharap

Sebagai contoh, Isuzu D-Max (generasi sebelum ini) dibangunkan untuk kerja yang lasak manakala Ford Ranger WildTrak dihasilkan untuk gaya hidup yang lebih ranggi. Antara model yang cuba untuk menggabungkan keseimbangan kedua-dua aspek ini ialah Mitsubishi Triton dan Toyota Hilux.

Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux – pelancaran di Malaysia pada tahun 2023? 07

Ford Ranger WildTrak yang mengutamakan aspek gaya

Memandangkan Hyundai lebih mengutamakan rekaan yang bergaya, kami berpendapat bahawa trak pikap mereka akan menggunakan falsafah yang digunakan oleh Ford Ranger berbanding Isuzu D-Max. Jadi, apa pendapat anda? Konsep apakah yang patut Hyundai ikut?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda