window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Trak pikap langgar kereta peronda polis di Kapar, tiga anggota cedera

Mersita · May 28, 2021 06:00 PM

Trak pikap langgar kereta peronda polis di Kapar, tiga anggota cedera 01

Sebuah trak pikap dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun merempuh kereta peronda polis jenis Honda Civic pada bahagian tepi pemandu dalam satu kejadian di simpang empat Jalan Jati Kanan, Kapar, semalam (27 Mei) pada jam 12.15 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata tiga anggota berpangkat sarjan, koperal, dan konstabel sedang menjalankan tugas pemantauan Ops Covid-19 di kawasan Sungai Kapar Indah, Meru dan Kapar.

Beliau berkata ketika kejadian, kereta peronda yang dipandu Sarjan berkenaan sedang bergerak dari arah Perepat menuju ke Jalan Kapar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Trak pikap langgar kereta peronda polis di Kapar, tiga anggota cedera 01

Namun, apabila kereta peronda polis itu tiba di simpang empat antara Jalan Jati Kanan dan Jalan Perepat, anggota berpangkat Sarjan berkenaan meneruskan perjalanan manakala trak pikap terlibat datang dari simpang arah kanan jalan lalu melanggar kereta peronda polis berkenaan.

Akibat kemalangan itu, sarjan dan konstabel mengalami sakit di bahagian rusuk kiri serta bengkak di belakang kepala manakala koperal pula dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu trak itu pula mengalami cedera di kepala dan kini dirawat di hospital swasta. Difahamkan, pemandu trak itu akan tampil membuat laporan esok setelah selesai rawatan.

"Hasil pemeriksaan, pemandu trak pikap itu tidak mabuk ataupun mengantuk. Mungkin dia tidak perasan semasa mahu keluar dari simpang berkenaan,” kata Nurulhuda.

Sumber berita: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda