window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Traktor jenama John Deere 8R ini boleh pandu sendiri, petani boleh kawal guna telefon terus!

Faisal ยท Jan 13, 2022 02:00 PM

Traktor jenama John Deere 8R ini boleh pandu sendiri, petani boleh kawal guna telefon terus! 01

Syarikat peralatan pertanian gergasi dari Amerika, John Deere, baru sahaja memperkenalkan traktor pandu sendiri yang pertama di dunia. Menariknya, ia boleh dikawal oleh petani dengan menggunakan telefon pintar terus.

Traktor model 8R yang dipamerkan di Pameran Elektronik Pengguna (CES) ini mampu beroperasi selama 24 jam sehari. Apapun, traktor ini sudah diuji oleh beberapa petani sejak tahun 2019 lagi.

Traktor jenama John Deere 8R ini boleh pandu sendiri, petani boleh kawal guna telefon terus! 02

Foto: CNET.

Secara teknikal, traktor 8R ini menggunakan teknologi artificial intelligence (AI) dan mempunyai enam pasang kamera. Sistem pintar ini berfungsi dengan menyemak kedudukan secara terperinci dan akan berhenti sekiranya haiwan atau objek di laluannya dikesan. Malah, fungsi pembajakan secara automatik juga ada.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut John Deere, pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 20 unit pada tahun ini dan bilangannya akan ditambah untuk tahun-tahun akan datang. Namun demikian, firma itu belum memutuskan sama ada traktor ini akan dijual terus atau ditawarkan sebagai langganan.

Traktor jenama John Deere 8R ini boleh pandu sendiri, petani boleh kawal guna telefon terus! 01

Foto: TheVerge.

Apapun, harga rasmi dari sumber dalaman syarikat itu dianggarkan pada AS$50,000 (~RM 210,105).

Secara dasarnya, produk yang John Deere keluarkan ini bertujuan untuk dijadikan alternatif buat syarikat-syarikat petani yang kekurangan kakitangan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda