window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang?

Zamil Syaheer · Sep 25, 2020 06:45 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenapa 4 kelajuan automatik dan bukannya 6 kelajuan?

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang? 01

Proton Persona 2019 punya tuas gear.

Mudah sahaja: kos. Sekiranya Proton menggunakan transmisi yang tak pernah diuji (mahupun dilihat), ini bermakna kos pembuatan akan meningkat dan banyak lagi komponen unik yang perlu dibina.

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang? 02

Transmisi 4 kelajuan automatik dari Hyundai (itupun jika ia betul ditawarkan pada Proton Persona dan Iriz 2021) sedang digunapakai di Proton Saga 2019 facelift. Ikut logic akal, menggunakan transmisi ini akan memberikan Proton keuntungan dari skala ekonomi yang lebih besar.

Adakah transmisi 4 kelajuan automatik lebih baik dari CVT?

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang? 03

Proton Saga 2019 punya tuas gear.

Menggunakan Proton Saga 2019 facelift sebagai penanda aras, ada kebaikan dan keburukan. Untuk pemanduan harian, ianya sangat baik.

CVT Punch terkenal kerana ianya bising, lembab dan selalu tersentak dalam apa jua penentukuran (versi baru jauh lebih baik).

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang? 04

Anda harus menyesuaikan gaya pemanduan anda dengan transmisi dengan membiarkan klac menyambung, kemudian tekan pedal pendikit secara perlahan. Juga, ada rengekan yang terdengar dari CVT semasa pecutan kuat atau ketika undur.

Pada Proton Saga 2019 facelift, tiada isu sebegini. Ini memberikan pengalaman pemanduan yang banyak orang sudah biasa.

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang? 05

Cuma kadang-kadang ia terasa sedikit ‘malas’. Ini dapat dikaitkan dengan penentukuran untuk memaksimumkan kecekapan bahan bakar. Salah satu jalan penyelesaian adalah dengan meletakkan gear ke posisi "S" untuk membuatnya lebih responsif dan lebih bersemangat untuk berputar.

Kelebihan CVT datang ketika kereta sedang bergerak. Ia membuatkan enjin berputar pada jalur kuasa puncaknya tanpa kejutan penukaran gear, hanya memberi pecutan berterusan.

Bagaimana pula dengan kecekapan bahan bakar?

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang? 06

Proton mendakwa angka penggunaan bahan bakar Proton Saga 2019 dalam linkungan 6.7 liter / 100 km, sementara model pra-facelift dengan CVT memiliki angka 5.6 liter / 100 km.

Namun secara praktikal, perbezaannya tidaklah begitu ketara seperti angka rasmi. Pemilik Saga pra-facelift telah melaporkan angka penggunaan bahan bakar sekitar 6.0- hingga 6.3 liter / 100 km.

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang? 07

Ini bermakna angka 6.7 liter / 100 km yang didakwa boleh dicapai, kerana rakan sekerja kami Shaun memiliki sebuah Saga facelift 2019.

Secara teori, CVT secara lebih menjimatkan minyak daripada transmisi automatik 4 kelajuan kerana nisbah penyebaran gearnya yang luas.

Mana satu lebih murah untuk dijaga?

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang? 08

Kos perkhidmatan antara Saga yang dilengkapi CVT dan Saga 4AT sama pada setiap jadual penukaran sehinggalah anda mencapai 60,000 km / 36 bulan ketika penukaran minyak transmisi.

Minyak CVT berharga RM 165.03 dan penapis minyak transmisi berharga RM 156.12, bermakna jumlah keseluruhan adalah RM 321.15.

Bagi 4AT, anda tidak perlu menukar penapis minyak, bermakna anda hanya perlu membayar harga minyak berjumlah. RM 220.18. Ini bermakna ianya lebih murah untuk diservis daripada CVT.

Konklusi

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang? 09

Penggunaan kotak transmisi 4 kelajuan mungkin nampak seperti langkah kebelakang, tetapi dari segi sumber, harga serta maklum balas pelanggan mengenai CVT, ini adalah pilihan logik untuk Proton. Ia lebih halus pada kelajuan rendah dan tidak terlalu mahal untuk dihasilkan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda