Transmisi dwi-klac (DCT) vs automatik konvensional, mana satukah pilihan anda?
Zamil Syaheer Β· Jul 30, 2020 02:50 PM
0
0
Pada awal tahun 90-an, jika anda ingin membeli kereta berprestasi, kemungkinan besar anda memilih pilihan transmisi manual. Pilihan automatik yang setara mungkin lebih berat, lebih lambat bertindak balas, dan mempunyai penggunaan bahan bakar yang lebih tinggi.
ββPada zaman sekarang, transmisi automatik bukan lagi lembab dan tidak efisyen. Malah, tidak ada input manusia yang dapat menandingi kelajuan dan kecekapannya. β
Mafhumnya, terdapat dua jenis transmisi automatik yang pada masa ini iaitu adalah transmisi dwi-klac (DCT) dan automatik konvensional moden yang menggunakan penukar kilasan (torque converter).
Ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan manakah transmisi yang lebih baik? Mari kita perhatikan lebih mendalam kedua kotak tersebut.
Transmisi dwi-klac
βSepanjang pengalaman penulis memandu Volkswagen Golf GTI MK7 dan MK7.5, saya terasa kagum dengan prestasi penukaran gear. Transmisi DCT 6-kelajuan (atau DSG, dalam lingo VW) sungguh lancar, pantas dan menghasilkan penggunaan bahan api yang sangat baik.
Tolak ke mod manual, dan penukaran gear menjadi lebih cepat beserta bunyi letupan unik ketika menukar gear tinggi. Ini semua menghasilkan pengalaman memandu yang sangat memuaskan, sehinggalah anda terperangkap dalam lalu lintas.
Ya, semua perkara yang telah anda baca mengenai DCT tersentak ketika dalam lalu lintas adalah benar. Oleh itu, tabiat pemanduan anda ketika tersangkut dalam lalu lintas perlu berubah dengan penggunaan transmisi DCT. β
Kritikan paling umum yang dilontarkan pada transmisi DCT adalah ia tidak boleh dipercayai. Terdapat banyak kisah yang bertentangan mengenai pengalaman pemilikan DCT. Contohnya, ada sebab mengapa Ford meninggalkan usaha untuk membangunkan DCT, sehingga tidak ada kereta yang dijualnya di Malaysia yang dilengkapinya. β
Yang dapat saya katakan dari pengalaman sendiri adalah transmisi Powershift bukanlah perwakilan transmisi DCT yang sangat baik. Ia kerap tersangkut, lembab dan kasar. β
Anehnya, Proton bergerak ke arah yang berlawanan dengan X70 CKD yang kini datang dengan transmisi DCT. Namun, setelah menguji X70 yang dilengkapi DCT sendiri, saya dapat membuktikan bahawa ia membawa pengalaman memandu yang lebih baik. β
βYang membawa saya ke poin mengapa DCT akan kekal di pasaran; tahap kepantasannya. Dari sudut pandangan kejuruteraan, DCT merupakan transmisi yang lebih cepat berbanding automatik konvensional. β
Itulah sebabnya anda masih melihat DCT dalam jenama berprestasi tinggi seperti Ferrari, Porsche, dan McLaren. Ini kerana kelajuan penukaran gear sangat penting dalam usaha mereka untuk mengekstrak masa pusingan yang lebih cepat serta pecutan 0-100 km / jam. Oleh kerana itu, DCT akan berada di sini untuk jangka masa yang akan datang.
Automatik konvensional
β Kotak transmisi automatik penukar tork yang menggunakan penukar kilasan (torque converter) telah berada di pasaran sejak sekian lamanya. Dalam Bahasa Inggeris, ia biasanya disebut sebagai 'slushbox' kerana transmisi automatik zaman dulu kala lembab dan menggambil banyak tenaga dari enjin, sehingga memakan kuasa pecutan dan respon. β
Hari ini, kotak transmisi automatik dengan penukar kilasan masih mengekalkan kelancarannya, sama ada semasa lalu lintas atau lebuh raya. Kehilangan kuasa juga lebih sedikit, masa pergeseran dan tindak balas lebih cepat dan tindak balas jauh lebih baik.
Sebenarnya, anda tidak boleh lagi memanggil transmisi automatik moden sebagai 'slushbox' lagi, kerana sekarang tidak ada yang lembab mengenai transmisi ini. β
Lebih-lebih lagi, transmisi automatik moden mempunyai tingkah laku berkelajuan rendah yang sangat baik. Malah, tiada lagi pengalaman yang kurang sempurna di dalam lalu lintas kerana ia merangkak lancer. Tambahan pula, anda boleh melepaskan brek agar kereta bergerak, tidak seperti kereta yang dilengkapi dengan DCT. β
Di samping itu, kotak transmisi automatik moden secara amnya lebih mantap dan kurang rumit secara mekanikal berbanding DCT. Ini bermakna tahap kegagalan jangka panjang sangat sedikit dan kurang.
Ditambah pula dengan fakta bahawa ia boleh mengambil banyak kuasakuda dan tork, memang mudah untuk kita melihat mengapa kotak gear automatik moden tetap popular seperti biasa. β
Pada masa ini, kotak gear automatik moden terbaik adalah ZF 8HP 8-kelajuan yang digunakan BMW. Apabila anda memandunya, anda tidak akan pernah menganggap ini adalah kotak gear konvensional. Ia pantas, intuitif, responsif dan walaupun tidak setajam DCT ketika menukar gear, perbezaannya sekarang sangat kecil. β
Sebagai bukti betapa mantapnya ZF 8HP ini, transmisi ini digunakan dalam kereta seperti F90 BMW M5 dan A90 Toyota GR Supra. Ini hanya menunjukkan bahawa transmisi automatik konvensional moden yang direka dengan baik setaraf DCT, bahkan dari sudut prestasi.
Konklusi β
Saya berpendapat bahawa kedua transmisi mempunyai kebaikan dan keburukannya, seperti yang digariskan. Perkara yang baik ialah keduanya mempunyai tempat di dunia automotif. Saya rasakan bahawa kedatangan transmisi DCT memaksa pengeluar untuk meningkatkan tahap kejuteraan mereka dan memperbaiki transmisi automatik konvensional. β
Ini bermakna hanya ada satu pemenang: para pengguna. Namun, saya sangat kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh transmisi automatik konvensional selama ini. Walaupun DCT mendapat reputasi buruk (sesentengah itu tidak beralas), transmisi automatik moden bertambah baik secara senyap dan dengan itu, patut mendapat pujian.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.