window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Trapo Malaysia kini penjual eksklusif kerusi kulit SnapFit DK-Schweizer - ada promo sehingga 20%!

Mersita · Apr 4, 2023 11:00 AM

Trapo Malaysia kini penjual eksklusif kerusi kulit SnapFit DK-Schweizer - ada promo sehingga 20%! 01

Syarikat aksesori kereta Trapo Malaysia baru saja memeterai satu kerjasama baharu bersama pembekal upholsteri automotif OEM, DK-Schweizer, bagi produk sarung kerusi kulit dibuat khas iaitu SnapFit yang kini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Trapo Hubs.

Apa yang menariknya tentang sarung kerusi kulit SnapFit ini? Selain penggunaan material kulit buatan yang selesa dan berkualiti tinggi, rekaannya juga disesuaikan khas untuk fungsi beg udara mana-mana model kereta bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang sentiasa terjaga.

Trapo Malaysia kini penjual eksklusif kerusi kulit SnapFit DK-Schweizer - ada promo sehingga 20%! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setiap produk DK-Schweizer, termasuk SnapFit, dihasilkan mengikut templat kerusi setiap model kereta dengan menitikberatkan ketepatan dan kesesuaian fungsi asal kereta terlibat. Banyak produk sarung kerusi kulit di luar sana menghalang pelancaran sempurna beg udara dan inilah yang menjadikan SnapFit berbeza daripada lain-lain sarung kerusi kereta di pasaran.

Trapo Malaysia kini penjual eksklusif kerusi kulit SnapFit DK-Schweizer - ada promo sehingga 20%! 01

SnapFit ditawarkan dalam tiga jenis material berbeza iaitu PVC, Synthetic, dan Semi-Nappa. Harga bermula dari RM 1,299 untuk sarung jenis PVC, RM 1,699 untuk Synthetic, dan RM 2,099 untuk Semi-Nappa.

Pemasangannya mudah dan pantas, oleh itu pemasangan SnapFit untuk kereta anda (jika ada templat sedia ada) boleh dilakukan dengan pantas. Sarung kerusi SnapFit sudah sedia ada untuk hampir semua model keluaran popular seperti Perodua, Proton, Honda, dan Toyota.

Trapo Malaysia kini penjual eksklusif kerusi kulit SnapFit DK-Schweizer - ada promo sehingga 20%! 02

Bagaimanapun, buat masa sekarang, SnapFit hanya boleh dipasang pada kerusi fabrik sahaja.

Pengarah DK-Schweizer, Lesley Koek, berkata, “Sarung kerusi kulit SnapFit menggabungkan rekaan kerusi kulit berinovasi dan kreatif untuk orang ramai yang merangkumi teknologi terkini, kualiti dan penggayaan berbaloi untuk wang (anda).”

Beliau berkata demikian ketika majlis penandatanganan Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama Trapo Malaysia di Trapo Bangsar Hub pada Rabu.

Trapo Malaysia kini penjual eksklusif kerusi kulit SnapFit DK-Schweizer - ada promo sehingga 20%! 03

Bagi tempahan sepanjang bulan April, Trapo Malaysia menawarkan diskaun 15 peratus bagi pembelian SnapFit dan diskaun 20 peratus bagi pembelian SnapFit bersama mana-mana lapik lantai kereta Trapo. Pelanggan yang berminat untuk memperbaharui kabin kereta kesayangan masing-masing dengan sarung kerusi kulit premium dan karpet kereta bersih Trapo bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Trapo Hubs di seluruh Malaysia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda