window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Triton, Kamal Adli, dan pasir pantai mendap. Ini 5 tip untuk memandu di atas pasir pantai

Mersita · Sep 20, 2021 05:00 PM

Triton, Kamal Adli, dan pasir pantai mendap. Ini 5 tip untuk memandu di atas pasir pantai

Pada suatu petang yang tenang di sebuah pantai di Kuantan, Pahang, pelakon popular tanah air, Kamal Adli, bersama rakannya berniat untuk keluar membeli keropok. Rakannya pula memberitahu yang mereka boleh guna jalan pantai menuju ke destinasi. Maka, berbekalkan trak pikap 4x4 Mitsubishi Triton yang dinaiki, mereka pun mencuba jalan pantai – untuk ‘test power’, katanya.

Nukil Kamal Adli di laman Instagramnya pada Jumaat lalu, “Masukla (kami) ke pantai dengan riang dan sombongnya.. Kereta ku pacu menyusuri pantai angin sepoi2 Bahasa Melayu terkena di bibit2 kulit wajah ku dan rakanku.. Aahh indahnyaa hidup ini..”

Sedang seronok menikmati suasana nyaman memandu di pesisir air, mereka pun tiba di penghujung pantai. Dua sekawan ini rasa mungkin seronok agaknya jika mereka buat “donut” ‘seround’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika anda belum tahu, “donut” itu maksudnya aksi drift yang dibuat dalam arah membulat ala-ala bentuk kuih donat.

Sedang seronok ber’donut’, masuk pusingan kedua, ‘donut’ itu jadi badak berendam katanya kerana kesudahannya tayar kereta mula tenggelam di dalam lumpur.

Kisah diceritakan Kamal Adli juga disertakan dengan beberapa gambar yang cantik pemandangannya namun sedih keadaannya – trak pikap Mitsubishi Tritonnya kelihatan tersekat di dalam pasir mendap di pesisir pantai tersebut.

Triton, Kamal Adli, dan pasir pantai mendap. Ini 5 tip untuk memandu di atas pasir pantai 01

Bagaimana trak pikap 4x4 boleh terbenam di pasir pantai?

Bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku. Pada awal bulan Mei yang lalu, tular gambar sebuah Mitsubishi Triton yang tersangkut di pasir lembut pantai sebelum tenggelam dimamah air laut ketika air pasang masuk.

Tak lama selepas itu, sebuah Land Rover Defender pula dilaporkan mengalami nasib yang sama, cuma ia sempat diselamatkan.

Triton, Kamal Adli, dan pasir pantai mendap. Ini 5 tip untuk memandu di atas pasir pantai 02

Dalam artikel kami yang terdahulu, kami sudah jelaskan mengapa kenderaan 4x4 pun boleh mengalami masalah sebegini walaupun ia sering dipasarkan sebagai kenderaan yang boleh menempuh pelbagai jenis bentuk muka bumi dengan mudah.

Jika anda mahu pelajari situasi ini dan cara-cara untuk mengelak kenderaan anda daripada terbenam atau tersekat di permukaan jalan berpasir’/berlumpur dengan lebih mendalam, anda boleh dapatkan artikel penuh dalam pautan di bawah.

Triton, Kamal Adli, dan pasir pantai mendap. Ini 5 tip untuk memandu di atas pasir pantai 03

Tapi, jika anda mahukan tip-tip ringkas tentang bagaimana caranya untuk mengelak daripada tersekat di kawasan berpasir lembut atau berlumpur, antara perkara yang anda boleh lakukan ialah:

1. Pastikan angin tayar serendah yang mungkin. Contohnya, 1 bar/14 psi adalah tekanan yang digunakan oleh ‘off-roader’ di kawasan ekstrim seperti di Sahara (di kawasan pasir Sahara 'normal'. Permukaan sangat berbeza, begitu juga tekanan tayar yang disyorkan). Sekiranya tersangkut, turunkan lagi hingga 0.5 bar/7 psi.

Triton, Kamal Adli, dan pasir pantai mendap. Ini 5 tip untuk memandu di atas pasir pantai 04

'Backhoe' ni tak tenggelam pun? Tengok tayarnya

Ini adalah untuk melebarkan kontak permukaan tayar kenderaan anda supaya berat kereta boleh ditampung dengan permukaan tayar yang lebih lebar – mengurangkan risiko tayar tenggelam.

2. Jangan berhentikan kenderaan di atas permukaan pasir lembut. Cari kawasan dimana pasirnya keras dan padat. Teruskan memandu dan jangan berhenti di kawasan pasir lembut dan mendap.

3. Guna gear paling tinggi. Tapi jangan gear terlalu tinggi sehingga membuatkan enjin stress. Gear rendah, lebih banyak tork, lebih banyak ‘wheelspin’. ‘Wheelspin’ menggali permukaan jalan dan meningkat risiko tayar kenderaan anda terbenam.

Triton, Kamal Adli, dan pasir pantai mendap. Ini 5 tip untuk memandu di atas pasir pantai 05

4. Teknik memandu di pasir lembut berbeza dari memandu di lumpur. Semasa melintasi kawasan berlumpur di hutan tropika, anda biasanya akan menggunakan gear rendah untuk tork maksimum.

5. Bunga tayar yang terlalu agresif tidak sesuai untuk pasir kerana ia akan menggali. Tayar HT (Highway Terrain) atau AT (All-Terrain) lebih sesuai. Yang mana ramai gagal adalah tekanan tayar yang betul/salah.

Dah faham? Kalau nak penjelasan lebih terperinci, jom klik pautan artikel di bawah.

Baca juga: 4x4 juga boleh sangkut di pantai atau ditelan oleh air pasang! Bagaimana nak elak?

Sumber gambar: IG Kamal Adli

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda