window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu!

Khairil ยท Jun 4, 2021 03:00 PM

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu! 01

Sejak diperkenalkan pada 2018, jentera bergaya retro, Triumph Speed Twin sememangnya menjadi antara model terhangat syarikat berpangkalan di United Kingdom itu dan tahun 2021, ia mendapat pelbagai naik taraf yang signifikan.

Juga baca: Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900

Dan ia bukan sekadar naik taraf 'biasa-biasa', namun lebih dari sudut spesifikasi dan teknologi termasuk dengan enjinnya kini patuh piawaian emisi Euro 5.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu! 01

Menggunakan enjin bersesaran 1200 cc, Parallel Twin, trenkuasa yang sama digunakan model Bonneville, ia kini berupaya menghasilkan kuasa 98.6 Hp pada 7,250 rpm dengan tork setinggi 82.6 Nm pada 4,250 rpm.

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu! 02

Dengan penalaan yang dibuat di bahagian enjin juga, Triumph mendakwa Speed Twin 2021 menawarkan lebih kuasa dan tork di peringkat pertengahan berbanding versi sebelumnya.

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu! 03

Antara perubahan lain adalah penggunaan crankshaft dan alternator yang ringan dengan ia kini lebih responsif dan lebih mengujakan untuk ditunggang.

Juga baca: Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900

Jika semua berita itu tidak cukup, jarak servis pertama bagi enjin kini adalah pada jarak 16,000 km.

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu! 04

Selain naik taraf dari sudut enjin, Triumph turut mempertingkat tahap pengendalian Speed Twin 2021 menerusi penggunaan fork depan USD 43 mm dari jenama Marzocchi. Suspensi belakang juga menawarkan ruang lega 120 mm dan tampil dengan preload boleh laras.

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu! 05

Sistem brek pula menggunakan kaliper Brembo M50 4-piston radial monobloc dwi-cakera 320 mm di bahagian depan dan kaliper apung Nissin 2-piston cakera tunggal 220 mm di bahagian belakang dan dilengkapkan dengan sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu! 06

Seperti motosikal moden lain, ia turut datang dengan 'Switchable Traction Control', tiga mod kawalan tunggangan, 'Road, Rain, Off-Road', 'Torque-Assist Clutch'.

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu! 07

Red Hopper

Ciri-ciri moden lain adalah penggunaan lampu LED penuh termasuk lampu siang DRL, sistem immobilizer dan caj pengecas USB.

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu! 08

Jet Black

Dari sudut roda pula, ia menggunakan rim aluminium tetuang 17 inci yang dibalut tayar Metzeler Racetec RR. Tiga pilihan warna menarik ditawarkan iaitu Red Hopper, Matt Storm Grey dengan aksen kuning dan Jet Black.

Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu! 09

Matt Storm Grey

Di pasaran United Kingdom, ia dijual pada tanda harga £ 11,000 (RM 64,289) dan akan mula berada di tangan pengedar sahnya bermula Ogos ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda