window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k!

Khairil · Mar 30, 2023 08:00 AM

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 01

Triumph Motorcycles Thailand, pada Januari lalu membuka tempahan untuk dua penawaran terbaharunya, Triumph Street Triple 765 RS dan Moto2 Edition (2023) dan motosikal 'naked' berkenaan akhirnya tiba dan ditayangkan di acara BIMS 2023 yang sedang berlangsung.

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 02

Membuat debut global pada tahun lalu sebagai model 2023, Triumph Street Triple 765 RS (2023) di pasaran Thailand ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Silver Ice/Baja Orange/Storm Gray
  • Carnival Red/Carbon Black/Aluminum Silver
  • Cosmic Yellow/Carbon Black/Aluminum Silver
  • Harga: 499,000 baht (RM 64,058)

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 01

Untuk Triumph Street ​​Triple 765 Moto2 Edition (2023) pula, pilihan warna yang diumumkan untuk varian edisi terhad ini adalah dua iaitu:

  • Triumph Racing Yellow
  • Crystal White
  • Harga: 599,000 baht (RM 76,874)

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 02

Sebagai info, Triumph Street ​​Triple 765 Moto2 Edition (2023) adalah model terhad dan hanya dihasilkan sejumlah 765 unit seluruh dunia. 

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 03

Dan kepada yang tidak tahu, Triumph juga adalah pembekal enjin bagi perlumbaan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia ketika ini.

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 04

Mengulas bahagian trenkuasa, kedua-dua model menggunakan enjin bersesaran 765 cc, 3 Silinder Sebaris, 12 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 05

Dengan nisbah gear yang lebih pendek, kedua-dua model ini menghasilkan kuasa setinggi 128.2 Hp pada 12,000 rpm dan tork 80 Nm pada 9,500 rpm.

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 06

Sebagai perbandingan, versi standard atau 'R' hanya menghasilkan 118.4 Hp pada 11,500 rpm dengan angka tork yang sama.

Sebagai versi istimewa, sistem Quickshifter diberikan standard dengan klac lengkap dengan 'Slip & Assist'.

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 07

Fokus terhadap teknologi, kedua-dua varian Triumph Street Triple 765 (2023) ini turut memiliki sensor IMU 6-axis dengan peningkatan kepada sistem ABS, Kawalan Traksi, Kawalan Selekoh, Kawalan Weelie dan Mod Tunggangan.

Selain empat mod tunggangan (Road, Rain, Sport dan Rider), versi RS dan Moto2 turut memiliki tambahan mod Track. 

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 08

Dari sudut luaran, panel badan Triumph Street Triple 765 (2023) adalah baharu namun sedikit ironi, kapasiti bahan api berkurangan dua liter (15 liter) berbanding versi sebelumnya.

Di bahagian panel meter, kedua-dua versi menggunakan panel TFT 5 inci berwarna penuh yang baharu. Selain memaparkan informasi penting, ia juga mempunyai petunjuk masa pusingan litar dan memiliki sambungan ke telefon pintar melalui aplikasi MyTriumph. 

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 09

Antara perbezaan lain kedua-dua versi istimewa ini dengan versi 'R' termasuklah ia memiliki panel bawah enjin dan penutup pelana belakang dan lebih eksklusif bagi versi Moto2, ia menggunakan panel daripada gentian karbon untuk penghadang lumpur hadapan, panel tepi, kemasan pada lampu serta panel bawah enjin manakala nombor edisi keluarannya diukir atas bahagian tengah pemegang.

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 10

Di bahagian suspensi, Triumph Street ​​Triple 765 RS (2023) menggunakan fork USD Showa BPF 41 mm (boleh laras penuh) tetapi bagi Triumph Speed ​​Triple 765 Moto2™ Edition (2023), ia menggunakan fork USD Ohlins NIX30.

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 11

Suspensi belakang kedua-dua model menggunakan penyerap hentak tunggal jenama Ohlins STX40 juga dengan ciri boleh laras sepenuhnya.

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 12

Untuk sistem henti, Triumph Street ​​Triple 765 RS dan Moto2 Edition (2023) menggunakan brek cekera bersaiz 310 mm dengan kaliper Brembo Stylema 4 Piston (depan) dan kaliper Brembo 1 Piston (belakang).

Informasi lain adalah seperti penggunaan lampu jenis LED penuh dan berat 188 kg, satu kg lebih ringan berbanding versi 'R'.

Triumph Street Triple 765 RS/Moto2 Edition (2023) mendarat di Thailand, harga mula RM 64k! 13

Di pasaran Malaysia, Triumph bakal membuat kemunculan semula bersama syarikat Didi Group dan pelancaran rasminya dijadual tidak lama lagi.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda