window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm!

Khairil ยท Oct 7, 2021 10:00 AM

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 01

Selepas beberapa kali imej lengkapnya tertiris, Triumph akhirnya mempertontonkan secara rasmi model 'Sprot touring' pertengahan paling dinantikan jenama berkenaan Triumph Tiger Sport 660 2022 yang jelas tampil seperti jangkaan.

Kehadiran Tiger Sport 660 2022 menambah penawaran model daripada Triumph yang menggunakan platform enjin 660 cc, tiga silinder seperti yang turut digunakan model 'Naked' Trident 660.

Juga baca: Tak tunggu lama, imej 'lengkap' Triumph Tiger Sport 660 tertiris di India!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 01

Menggunakan trenkuasa yang sama dengan Trident 660 iaitu enjin 660 cc, 3 Silinder Sebaris, 12 Injap, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, kuasa yang dihasilkan Triumph Tiger Sport 660 juga sama iaitu 81 PS pada 10,250 rpm dan tork 64 Nm pada 6,250 rpm.

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 02

Sistem transmisi adalah 6 kelajuan yang lengkap dengan klac assist/slipper.

Sebagai model terbaharu yang ditawarkan Triumph, ia turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih seperti sistem Ride-by-Wire dan lengkap dengan mod tunggangan (2 mod - Rain/Road).

Juga baca: Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 03

Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) 41 mm daripada Showa dengan suspensi belakang monoshock juga dari jenama sama dengan sistem brek menggunakan cakera berkembar 310 mm dengan kaliper Nissin (Depan) dan cakera tunggal 255 mm (belakang).

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 04

Ia lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dengan ciri berkenaan tidak boleh dipadamkan.

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 05

Antara ciri menarik lain turut ditawarkan adalah sistem lampu LED penuh, panel meter TFT berwarna lengkap dengan sambungan telefon dan aplikasi My Triumph Connectivity. 

Juga baca: Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu!

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 06

Informasi penting lain adalah ketinggian pelana 835 mm dan kapasiti bahan api cukup besar iaitu 17.2 L.

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 07

Digabungkan dengan rekaan yang cukup menarik, Triumph Tiger Sport 660 dikatakan bakal menjadi pesaing terhebat dalam kelasnya yang turut diisi beberapa nama besar seperti Yamaha Tracer 7, Kawasaki Versys 650, Suzuki V-Strom 650 dan Honda CB500X.

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 08

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 09

Sebagai info, Triumph Tiger Sport 660 2022 dijangka akan mula berada di bilik pameran Triumph UK pada awal 2022. Harganya adalah £ 8,450 (RM 47,932) (atas jalan) lengkap dengan jaminan selama dua tahun serta pilihan tambahan 1 ke 2 tahun.

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 10

Pilihan warna adalah seperti berikut: 

  • Lucerne Blue & Sapphire Black
  • Korosi Red & Graphite (Dengan corak grafik Sporty)
  • Graphite & Black

Juga baca: Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43.9k

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 11

Triumph Tiger Sport 660 2022 buat 'debut', rekaan padu, 81 PS, 64 Nm! 12

Seperti 'saudaranya' Trident 660 yang sudah memasuki pasaran Malaysia pada Februari lalu, turut dijangkakan Triumph Malaysia akan turut membawa masuk Tiger Sport 660 2022 ini ke pasaran tempatan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda