window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50!

Haris · Jul 10, 2021 04:00 PM

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 01

Transmisi dwi-klac (DCT) mungkin baru bagi Proton tetapi transmisi itu telah dipasang ke jenama premium Jerman sejak awal 2000-an lagi.

Ketika ini, hanya dua model Proton sahaja yang dilengkapi dengan DCT iaitu Proton X50 dan Proton X70.

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara realistiknya, Proton X50 dan Proton X70 disasarkan kepada golongan yang ingin menaik taraf dari kenderaan lama, selalunya dari sedan. Justeru, pertemuan pertama golongan ini dengan DCT adalah pada SUV Proton tersebut.

Oleh yang demikian, tidak salah jika beberapa fakta ini dapat membantu memahami beberapa tanggapan salah ketika memandu kenderaan yang dilengkapi dengan DCT.

Berhenti di trafik - gear D atau N?

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 01

Mari kita mulakan dengan fakta yang selalu dikaburkan oleh bijak pandai media sosial.

Proton menasihatkan agar pemilik kenderaan dengan DCT untuk menukar ke gear N (atau Neutral) dan memanfaatkan fungsi Auto Hold.

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 02

Fungsi Auto Hold - butang di bawah P

“Ketika berhenti lama, disarankan untuk beralih ke gear ‘Neutral’ untuk keselamatan (sekiranya terlepas pedal brek secara tidak sengaja) serta memanjangkan jangka hayat ketahanan pemegang enjin (engine mounting) dan cagak rol transmisi (transmission roll mounting).

Selanjutnya, terdapat fungsi keselamatan di mana penggunaan Auto Brake Hold akan dialihkan secara automatik ke Electric Parking Brake setelah berhenti selama 10 minit. Ini bagi mengelakkan sistem brek menjadi terlalu panas,” seperti yang dijelaskan oleh Proton.

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 03

Kiri: Transmisi 4AT Proton Saga, Kanan: Automatik CVT Proton Iriz

Menurut Proton lagi, saranan ini juga meliputi model yang dilengkapi transmisi torque converter dan automatik CVT.

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 04

Pengeluar lain yang mempunyai model yang dilengkapi DCT, seperti BMW, Honda, Mercedes-Benz, dan Volkswagen berkongsi sentimen yang berbeza.

Membiarkan gear pada D (Drive) ketika menunggu di lampu isyarat, kira-kira 3 minit, tidak mengapa. Hanya perlu pastikan kaki memijak pedal brek dengan yakin.

Untuk tempoh melebihi 3 minit, disarankan untuk beralih ke gear N dan mengaktifkan brek parkir.

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 05

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dalam kenyataan berkata, “Sistem ini dirancang untuk berfungsi dengan cara ini. Apabila Auto Hold diaktifkan atau pedal brek dipijak pada posisi berhenti, gandingan hidraulik (hydraulic coupling) dilepaskan. Tak perlu bertukar pada gear Neutral."

Saranan VPCM meliputi klac DCT jenis basah atau kering.

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 06

BMW Group Malaysia juga menyuarakan saranan yang sama. BMW menyatakan bahawa penyejukan dan pelinciran klac bebas akan dilakukan melalui motor pam sistem penyejukan klac ketika berhenti Auto Hold diaktifkan atau pedal brek dipijak pada posisi berhenti.

Hal ini bertujuan untuk mencegah sebarang tekanan pada transmisi.

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 07

Bagi Mercedes-Benz Malaysia pula, pengeluar tersebut menyatakan bahawa terdapat hanya sedikit tekanan pada transmisi DCT ketika situasi yang sama. Hal ini kerana jumlah tork yang dihasilkan ketika enjin tidak aktif juga sedikit. Namun, syarikat yang berpusat di Stuttgart itu memberikan satu senario bila pemandu harus beralih ke gear P (Park):

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 08

“Ketika kendaraan berada di lereng curam seperti bukit untuk jangka waktu yang lama, perkara yang terbaik adalah memasukkan gear ke P (Parking) kerana geseran klac meningkat untuk mengelakkan kendaraan berhenti pegun.

Ketika kenderaan berhenti dalam keadaan trafik lalulintas, tekanan kepada klac lebih minimum untuk mengelakkan kehausan berlebihan pada klac dan juga untuk memastikan kendaraan berhenti pegun tetapi daya masih sedia berhubung kepada pacuan."

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 09

Bagi pemilik model Honda i-DCD Sport Hybrid generasi lama seperti City Hybrid, Jazz Hybrid, dan HR-V Hybrid (model ini menggunakan automatik dwi-klac 7 kelajuan jenis kering), saranan ini tidak relevan kerana enjin hibrid mati apabila kereta berhenti.

Berapa lama ketahanan transmisi DCT?

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 10

Ketika Proton melancarkan Proton X70 yang dilengkapi DCT, terdapat penekanan bahawa DCT pada Proton X70 ini telah diuji sejauh 350,000 km dengan penuh keyakinan.

Sebenarnya, dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan tingkah laku pemandu Malaysia, keadaan jalan raya, dan iklim panas dan lembap, Proton telah berjaya menguji jarak tempuh lebih dari 2,000,000 km untuk tugas-tugas kalibrasi DCT tersebut.

Kebanyakan pelanggang berkemungkinan besar tidak memerlukan penggantian klac berdasarkan kajian Proton ini.

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 11

Kredit gambar: Engineering Insider

Ia juga sama untuk jenama premium Jerman yang lain. BMW Group Malaysia dan Mercedes-Benz Malaysia menambah bahawa komponen klac dirancang untuk bertahan sepanjang jangka hayat hidup kenderaan, ini selalunya bermaksud 15 tahun atau 300,000 km.

Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50! 12

Bahagian yang paling penting sebenarnya adalah aspek penyelenggaraan DCT. Harga berbeza dari pengeluar ke pengeluar, tetapi julat harga antara adalah sekitar RM 250 (Proton) hingga RM 800 (BMW).

Proton mendakwa bahawa cecair DCT pada Proton X50 dan Proton X70 harus diganti pada setiap selang 90,000 km.

Konklusi - Ikut cara pengeluar masing-masing

Jika anda sudah mempunyai kereta yang dilengkapi DCT sebelum membaca artikel ini, disarankan untuk menyesuaikan diri dengan kereta anda; bukan sebaliknya.

Ikuti langkah yang diberikan oleh pengeluar masing-masing yang lebih mengetahui (dan memegang jaminan anda) supaya anda mempunyai pengalaman pemilikan yang relatif tanpa sebarang masalah.

Bacaan Lanjut:

Kelebihan dan Keburukan transmisi CVT - apa yang kami suka, dan apa yang kami tidak suka

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting

Adakah minyak gear sepanjang hayat satu pembohongan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda