Tukar kereta lagi, jemaah menteri Malaysia bakal guna kereta elektrik bermula tahun depan

Mersita · Aug 10, 2022 06:00 PM

Tukar kereta lagi, jemaah menteri Malaysia bakal guna kereta elektrik bermula tahun depan 01

Gambar hiasan

Demi menjaga kesejahteraan alam sekitar, para menteri di Malaysia akan mula menggunakan kereta elektrik (EV) dan berkemungkinan menjadi kereta rasmi Kerajaan mulai tahun 2023.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihak Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan EV bagi kegunaan semua jemaah menteri bermula tahun depan.

“Mulai tahun depan, semua procurement kerajaan akan bergerak ke arah kereta elektrik,” katanya dalam sidang media majlis perasmian pejabat Khidmat Malaysia di Batu Caves baru-baru ini.

Tukar kereta lagi, jemaah menteri Malaysia bakal guna kereta elektrik bermula tahun depan 02

Apabila ditanya tentang kos pelaksanaan keputusan ini, katanya maklumat terperinci tentang hal ini belum dapat dipastikan lagi. Tuan Ibrahim berkata memandangkan EV atau fasiliti EV masih belum banyak lagi, kosnya masih tinggi.

“Tetapi, bila pengguna lebih ramai, kosnya akan jadi murah. Isu kita ialah stesen pengecas, jadi kita perlu sediakan fasiliti dulu,” jelasnya lagi.

Juga baca: TNB labur RM 90 juta, khas untuk bina stesen pengecas EV di sepanjang Lebuhraya PLUS!

Katanya, hasrat kerajaan adalah untuk menjadikan pulau-pulau peranginan seperti di Pulau Langkawi atau pusat pentadbiran iaitu di Putrajaya sebagai kawasan bebas karbon. Difahamkan, 100 unit motosikal elektrik telah diberikan kepada penduduk di sekitar Pulau Langkawi bagi menggalakkan mereka supaya beralih ke arah penggunaan kenderaan hijau.

Juga baca: K'jaan sasar 15% EV menjelang 2030, Perodua kini rancang pembangunan kereta elektriknya!

Kereta elektrik orang kaya bebas cukai, tapi kereta hybrid marhaen tidak. Ini sebabnya

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City 1.5V Sensing

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru