window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tular: “Alza full booking bos” mesej luar biasa dengan penyewa, boleh bikin stress

Mersita · Jun 8, 2020 10:30 AM

Tular: “Alza full booking bos” mesej luar biasa dengan penyewa, boleh bikin stress 01

FB PenMerahdotcom melaporkan satu insiden yang kami rasa penyewa kereta seluruh Malaysia pasti boleh relate.

Dalam pos tersebut, seorang penyewa kereta dilihat sanggup bersusah-payah untuk menjelaskan pada pelanggannya yang kereta sewa semua sudah penuh ditempah. Tapi, pelanggannya seolah-olah tak faham hakikat ini. Oleh itu, bermulalah perbualan yang buat semua orang tergelak dan geleng kepala.

Tak faham Bahasa Melayu agaknya, tapi dia cuba juga. Tahniah kepada peniaga kereta sewa yang cukup sabar melayan kerenah pelanggannya!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tular: “Alza full booking bos” mesej luar biasa dengan penyewa, boleh bikin stress 01

Klik sini untuk lihat pos asal.

Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp tersebut dilihat berkisar tentang cubaan menyewa kereta di Pulau Pinang dimana pelanggan tersebut mendesak untuk menyewa Perodua Alza. Dalam senarai harga yang diberi, Perodua Alza 1.5 disewa pada kadar RM 200 sehari.

Tular: “Alza full booking bos” mesej luar biasa dengan penyewa, boleh bikin stress 02

Bila difikirkan semula, MPV keluaran Perodua tersebut memang sesuai untuk disewa kepada keluarga atau pelancong berkumpulan yang berkongsi kereta kerana ruang dalamannya yang luas. Ia juga pilihan paling murah bagi MPV 7 tempat duduk dalam senarai sewa yang dipaparkan.

Tular: “Alza full booking bos” mesej luar biasa dengan penyewa, boleh bikin stress 03

Contohnya, jika anda melancong ke Penang untuk trip makan-makan bersama rakan 6 orang sekumpulan, seorang cuma perlu bayar RM 33 seorang sehari. Lagi murah sewa kereta dari naik teksi atau memesan melalui aplikasi e-hailing.

Perodua Alza merupakan MPV 7 tempat duduk paling berpatutan di Malaysia, dengan harga bermula atas RM 54,000 untuk varian transmisi automatik paling murah.

Tular: “Alza full booking bos” mesej luar biasa dengan penyewa, boleh bikin stress 04

Oleh itu, tak hairanlah Alza menjadi pilihan bagi pengusaha kereta sewa kerana ia pilihan MPV paling murah di pasaran.

Tular: “Alza full booking bos” mesej luar biasa dengan penyewa, boleh bikin stress 05

Sejak pengumuman Perdana Menteri Malaysia berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dimana pelancongan domestik telah dibenarkan, viral di media sosial yang hotel di Langkawi pecah rekod dengan lebih 1,000 tempahan dibuat dalam masa sejam. Selain Pulau Pinang, pasaran kereta sewa di Langkawi juga adalah antara yang paling meriah.

Menurut pengusaha kereta sewa di Langkawi, kadar sewa kereta pada hujung bulan Jun 2020 (hujung minggu) adalah seperti berikut:

Perodua Viva manual/auto = RM 150

Perodua Axia = RM 180

Perodua Myvi = RM 200

Nissan Almera / Toyota Vios = RM 240

Toyota Avanza = RM 270

Toyota Innova = RM 330

Toyota Innova baru = RM 390

Jom cuti-cuti Malaysia tapi ingat, jaga kesihatan diri ya? ;)

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda