Tular: “Alza full booking bos” mesej luar biasa dengan penyewa, boleh bikin stress
Mersita · Jun 8, 2020 10:30 AM
FB PenMerahdotcom melaporkan satu insiden yang kami rasa penyewa kereta seluruh Malaysia pasti boleh relate.
Dalam pos tersebut, seorang penyewa kereta dilihat sanggup bersusah-payah untuk menjelaskan pada pelanggannya yang kereta sewa semua sudah penuh ditempah. Tapi, pelanggannya seolah-olah tak faham hakikat ini. Oleh itu, bermulalah perbualan yang buat semua orang tergelak dan geleng kepala.
Tak faham Bahasa Melayu agaknya, tapi dia cuba juga. Tahniah kepada peniaga kereta sewa yang cukup sabar melayan kerenah pelanggannya!
Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp tersebut dilihat berkisar tentang cubaan menyewa kereta di Pulau Pinang dimana pelanggan tersebut mendesak untuk menyewa Perodua Alza. Dalam senarai harga yang diberi, Perodua Alza 1.5 disewa pada kadar RM 200 sehari.
Bila difikirkan semula, MPV keluaran Perodua tersebut memang sesuai untuk disewa kepada keluarga atau pelancong berkumpulan yang berkongsi kereta kerana ruang dalamannya yang luas. Ia juga pilihan paling murah bagi MPV 7 tempat duduk dalam senarai sewa yang dipaparkan.
Contohnya, jika anda melancong ke Penang untuk trip makan-makan bersama rakan 6 orang sekumpulan, seorang cuma perlu bayar RM 33 seorang sehari. Lagi murah sewa kereta dari naik teksi atau memesan melalui aplikasi e-hailing.
Oleh itu, tak hairanlah Alza menjadi pilihan bagi pengusaha kereta sewa kerana ia pilihan MPV paling murah di pasaran.
Sejak pengumuman Perdana Menteri Malaysia berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dimana pelancongan domestik telah dibenarkan, viral di media sosial yang hotel di Langkawi pecah rekod dengan lebih 1,000 tempahan dibuat dalam masa sejam. Selain Pulau Pinang, pasaran kereta sewa di Langkawi juga adalah antara yang paling meriah.
Menurut pengusaha kereta sewa di Langkawi, kadar sewa kereta pada hujung bulan Jun 2020 (hujung minggu) adalah seperti berikut:
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
Komen