window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tular penunggang motosikal dipukul Polis, tunggu siasatan pihak berkuasa

Khairil ยท Jan 11, 2021 05:00 PM

Tular penunggang motosikal dipukul Polis, tunggu siasatan pihak berkuasa 01

Jika sebelum ini kami pernah memaparkan laporan tindakan 'ganas' anggota penguatkuasa ketika operasi di luar negara, baru-baru ini perkara berkenaan terjadi di negara kita dan berjaya dirakam seseorang serta tular.

Dalam rakaman video berdurasi kira-kira 38 saat itu, ia menunjukkan seorang anggota polis menumbuk seorang penunggang motosikal yang ditahan di tepi jalan untuk pemeriksaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejadian yang berlaku di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur itu pantas menjadi tular dan mendapat liputan hangat media di seluruh negara.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, kejadian itu berlaku selepas sebuah motosikal yang ditunggang sepasang suami isteri itu cuba melarikan diri hingga melanggar kaki salah seorang anggota polis di situ.

Tular penunggang motosikal dipukul Polis, tunggu siasatan pihak berkuasa 01

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal

Sebagai info, kejadian berlaku pada satu sekatan jalan raya (SJR) yang membabitkan tujuh anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya jam 8 hingga 9 pagi.

"Dalam kejadian ini, sebuah motosikal dinaiki sepasang suami isteri warga tempatan cuba melarikan diri daripada SJR," kata Nik Ezanee.

"Ketika melarikan diri, penunggang motosikal itu melanggar kaki seorang anggota polis bertugas sebelum dia berjaya ditahan oleh anggota yang lain."

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, penunggang motosikal itu dikenakan tindakan saman kerana kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal, tiada lesen serta cukai jalan tamat tempoh malah semakan juga mendapati penunggang motosikal itu mempunyai 58 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Berdasarkan laporan media, anggota polis yang terbabit sudah membuat laporan Polis bagi mempertahankan dirinya dan lelaki yang didakwa dikasari itu juga sudah melakukan laporan polis.

Tular penunggang motosikal dipukul Polis, tunggu siasatan pihak berkuasa 02

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang didakwa ditumbuk anggota berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Farhan Awang Kafli, 30 berkata dia bukan saja ditumbuk, malah dilemparkan kata-kata kesat.

Tular penunggang motosikal dipukul Polis, tunggu siasatan pihak berkuasa 03

"Tiga kali dia tumbuk muka saya, apa yang dia (anggota polis) nafikan itu adalah tidak benar, sebaliknya dia sudah menumbuk saya dua kali sebelum video itu dirakam.

Tular penunggang motosikal dipukul Polis, tunggu siasatan pihak berkuasa 04

"Dia beritahu isteri saya kenapa saya ini bodoh sangat, saya tahu saya melakukan kesalahan namun tindakan dia (anggota polis) itu tidak boleh diterima."

Tular penunggang motosikal dipukul Polis, tunggu siasatan pihak berkuasa 05

Susulan kejadian tular itu, pihak Polis ketika ini sedang menjalankan siasatan terperinci dengan Nik Ezanee menegaskan pihaknya akan menjalankan siasatan dari segi jenayah dan pelanggaran disiplin.

Tular penunggang motosikal dipukul Polis, tunggu siasatan pihak berkuasa 06

Reaksi orang ramai daripada laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya juga berbeza-beza dengan ada yang setuju dengan tindakan polis berkenaan dan ada yang berkata anggota itu perlu diberi pengajaran.

Fadzly Hassan berkata: "Sebenarnya klu kita x lari..dan mengngaku salah..polis tu pun x berkeras...paling2 bg 1 saman je"

Afendy Ali menulis: "Yg nk lari tu pasai ape.....anggota tu pon bkerja,ada penatnya....hang lari...dlm masa yg sama hang membahayakan org laun...buat la xcident...nk kata salah sapa?pikiaq la."

Kamalrulzaman Kamal berkata: "Elok....siasat laa....sebagai penguat kuasa bkn suka2 nk tumbuk orang.......sekali pn dye bsalah....bkn nye dye ada lpas kn tembakan sampai nk tumbuk mcm tu sekali......polis tertakluk integeriti dan permatuhan stendet....jgn ikot suka...........tolong ketapi kn sikap baran bila dah sarung unifom tu.......jgn rasa bebas dari undang2....maaf laa..........."

N Ganessan C Namasivayagam berkata: "pekerja dibawah(kerajaan)perlu menunjukkan teladan yang baik kepada Rakyat,jangan perangai samseng,sekiranya pembawa kenderaan membuat kesalahan,ambil tindakan sepatutnya,saman atau sebagainya dibawah akta pengangkutan,t/kasih."

Di zaman dunia semakin canggih ketika ini, segala gerak geri anda boleh dirakam, jadi berhati-hatilah dengan segala tindakan anda.

Tetapi bagi pandangan penulis, hormati pihak berkuasa dan jika anda tidak salah mengapa perlu lari?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda