window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tular 'Rider' Grab Food cari gaduh lepas dihon, padah mungkin menanti!

Khairil ยท Jul 26, 2021 05:30 PM

Tular 'Rider' Grab Food cari gaduh lepas dihon, padah mungkin menanti! 01

Kajian Miros atau Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia baru-baru ini menunjukkan lebih 70 peratus penunggang p-hailing mengabaikan peraturan jalan raya ketika melakukan penghantaran.

Juga baca: 70 peratus penunggang p-hailing abai peraturan jalan raya ketika bekerja: Kajian Miros

Selain daripada peratusan terbesar kesalahan yang dibuat adalah berhenti di kotak kuning (57 peratus), melanggar lampu isyarat merah juga mencatatkan angka peratusan tinggi iaitu 16 peratus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tular 'Rider' Grab Food cari gaduh lepas dihon, padah mungkin menanti! 01

Tidak diketahui bila tarikh kejadian ini berlaku, tetapi sedang tular satu video ketika ini yang menyaksikan seorang pemandu dan penunggang Grab Food bertikam lidah.

Puncanya dikatakan disebabkan oleh tindakan pemandu kereta berkenaan membunyikan hon kepada penunggang Grab Food kerana melanggar lampu isyarat merah.

Video berkenaan dikongsikan di laman Twitter  Jabatan Netizen Malaysia, hari ini.

Tular 'Rider' Grab Food cari gaduh lepas dihon, padah mungkin menanti! 02

Daripada video tular itu, penunggang Grab Food menggunakan Honda EX-5 berwarna merah itu jelas tidak berpuas hati sambil mengeluarkan kata-kata kesat malah sempat menendang cermin sisi kereta perakam berkenaan dan memintanya berhenti.

Tular 'Rider' Grab Food cari gaduh lepas dihon, padah mungkin menanti! 03

Kedua-duanya berhenti di tengah jalan pada satu ketika sebelum penunggang itu beredar selepas mendapati dirinya dirakam menyaksikan tiada aksi 'kungfu' berlaku.

Menurut laman Facebook Malaysian Crime Watch - MyWatch, tindakan rider berkenaan mampu membawa padah kepadanya sendiri.

Tular 'Rider' Grab Food cari gaduh lepas dihon, padah mungkin menanti! 04

"Masih ramai rider penghantar makanan yang tak tahu, jika mereka langgar undang-undang jalan raya, jika perbuatan mereka dilaporkan, akaun mereka akan ditamatkan.

"Sekiranya rider ditegur, cara terbaik mohon maaf saja dan janji takkan mengulanginya, bukan marah orang yang tegur kita."

Tular 'Rider' Grab Food cari gaduh lepas dihon, padah mungkin menanti! 05

Rata-rata pengguna sosial jelas tidak selesa dengan tindakan penunggang Grab Food berkenaan.

Menurut James Wong: "Ramai rider suka langgar lampu merah.. tetapi bukan semua rider.. bila kena langgar driver kereta yang salah kalau tak ada cam (kamera) kereta."

Seorang lagi netizen tampil dengan nasihat: "Mohon rider2 tolonglah jaga keselamatan sendiri dan pengguna jalanraya lain, jgn asyik langgar lampu merah dan tidak mengikuti undang2 jln raya. Rasa sedih tiap2 hari nampak berita rider yg terkorban atau cedera parah semasa bekerja."

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda