window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tular warga emas pandu Perodua Kelisa lawan arus di LKSA. Patut ada had umur memandu?

Mersita · Oct 30, 2020 11:30 AM

Tular warga emas pandu Perodua Kelisa lawan arus di LKSA. Patut ada had umur memandu? 01

Baru-baru ini tular satu video di laman sosial yang menunjukkan sebuah Perodua Kelisa yang dipandu oleh warga emas melawan arus di LKSA pada hari Khamis lepas. Video tersebut dimuat-naik di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis dan ia menerima 3.8 ribu reaksi, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati atas kejadian tersebut.

Boleh jadi 'reporter' abang ni... Tapi bahasa tu, hmm...

Pemandu berusia 73 tahun itu telah menyebabkan kemalangan membabitkan Honda City dan Perodua Myvi dimana pemandu City tersebut mengalami kecederaan setelah keretanya terbalik manakala pemandu Myvi bertembung dengan kereta dipandu warga emas itu dalam cubaan mereka untuk mengelak. Pemandu Honda City berusia 33 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimana beliau boleh terpandu lawan arus? Menurut laporan dari Astro Awani, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata siasatan awal mendapati pemandu tempatan lelaki berusia 73 tahun itu memandu Perodua Kelisanya di lorong yang bertentangan setelah berpatah balik untuk pulang ke rumah dari Plaza Tol Sri Muda kerana beliau tidak mempunyai kad Touch n Go. Sebelum itu, beliau memulakan perjalanan dari rumahnya (Seksyen 8) ke Tesco Seksyen 13 dan tersalah jalan lalu memasuki LKSA.

Tular warga emas pandu Perodua Kelisa lawan arus di LKSA. Patut ada had umur memandu? 01

Menurut rakaman video yang tular itu, beliau dilihat tidak memberhentikan keretanya walaupun sudah diberi amaran oleh perakam berkenaan. Beliau hanya berhenti setelah bertembung dari depan dengan Perodua Myvi tersebut. Sekali lagi, netizen menggelarkan Perodua Myvi sebagai “hero” dalam kes ini.

Ahli keluarga pemandu Myvi tersebut memberitahu yang keluarganya telah memaafkan pakcik tersebut dan berharap netizen tidak menyalahkan beliau kerana beliau terlalu tua dan pernah menjalani ‘operation’ atas penyakit yang tidak dinyatakan.

Tular warga emas pandu Perodua Kelisa lawan arus di LKSA. Patut ada had umur memandu? 02

Warga emas itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

Adakah Malaysia mempunyai undang-undang menghalang pemandu warga emas dari memandu?

Jawapan ringkasnya tidak. Menurut statistik PDRM, kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian melibatkan pemandu berusia lebih 61 tahun adalah sebanyak 1,217 pada tahun 2013 – hanya 8 peratus dari jumlah keseluruhan kematian disebabkan kemalangan jalan raya pada tahun itu.

Kumpulan umur yang mencatatkan rekod tertinggi ialah 16 – 20 tahun sebanyak 1,985 (14%) dan 26 – 30 tahun sebanyak 1,953 (13.9%).

Tular warga emas pandu Perodua Kelisa lawan arus di LKSA. Patut ada had umur memandu? 03

Ingat kisah 'uncle' rempuh kereta yang tengah parking?

Tapi, syarikat insuran ada meletakkan syarat untuk pemandu berusia lebih 65 tahun dan ada juga yang menarik perlindungan insuran sepenuhnya bagi pemandu warga emas. Antara syaratnya ialah pemandu warga emas terpaksa menanggung lebihan sebanyak RM 1,000 jika terlibat dalam kemalangan ketika memandu kereta persendirian. Selain dari itu, tiada undang-undang yang mengekang pemandu warga emas dari memandu di jalan raya awam.

Rata-rata berpendapat yang menghalang pemandu warga emas dari memandu dianggap tidak wajar dan tidak adil bagi mereka yang boleh memandu dan berada dalam kumpulan umur yang sama. Kemalangan jalan raya boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti tahap kesihatan/kewarasan pemandu yang melibatkan semua peringkat umur, kondisi kenderaan serta faktor persekitaran.

Tular warga emas pandu Perodua Kelisa lawan arus di LKSA. Patut ada had umur memandu? 04

Seperti penjagaan kereta lama yang boleh diselenggara dan dijaga dengan baik, kesihatan serta kewarasan pemandu juga adalah tanggungjawab pemandu itu sendiri yang mesti memastikan kesihatan mereka membolehkan mereka memandu dengan baik.

Pemandu berusia 23 tahun pun ‘boleh’ memandu dibawah pengaruh dadah dan melanggar kereta lain sewenang-wenangnya. Oleh itu, adakah faktor umur boleh dianggap satu kesalahan? Fikir-fikirkanlah dan jagalah orang tua anda dengan sebaik-baiknya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda