window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tun M terima Perodua Ativa dengan sentimen ‘Wawasan 2020’

Mersita · Apr 14, 2021 04:30 PM

Tun M terima Perodua Ativa dengan sentimen ‘Wawasan 2020’ 01

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah antara pemacu dan perintis polisi inovasi di Malaysia terutama sekali bagi industri automotif. Hari ini, beliau menayangkan satu video penghantaran istimewa Perodua Ativa serba baharu beliau dengan nombor plat pendaftaran yang cukup istimewa dan dekat di hatinya – VBX 2020.

Bagi yang tak tahu nilai sentimen angka “2020”, Tun M memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 iaitu ketika beliau masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Visi bagi tahun 2020 ini menggariskan sasaran pencapaian negara kita sebagai negara maju berpendapatan tinggi dengan industrialisasi maju menjelang tahun 2020.

Tun M terima Perodua Ativa dengan sentimen ‘Wawasan 2020’ 02

Siapa sangka 'Wawasan 2020' dikaitkan dengan Perodua pula

Di dalam video tersebut, Tun M didengari memberi kata-kata rangsangan sambil menzahirkan rasa kagum beliau terhadap pencapaian Perodua dalam penghasilan SUV itu dengan penglibatan jurutera dan bakat tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika pelancarannya, Perodua memasarkan Perodua Ativa sebagai kereta yang dibina dengan 95 peratus kandungan tempatan. Kadar kandungan tempatan ini adalah yang tertinggi bagi mana-mana model Perodua.

Baca juga: Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Tun M terima Perodua Ativa dengan sentimen ‘Wawasan 2020’ 01

Beliau juga menulis dalam muatnaik tersebut yang beliau berharap untuk melihat “kereta Malaysia yang sebenar-benarnya” dari Perodua di masa hadapan.

Nak dapatkan pengalaman pemilikan sebenar Perodua Ativa? Ikut kami rapat-rapat di WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda