window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tunang mangsa kemalangan BMW M4 di Tanjong Pagar kekal positif, rawatan lecur masih berjalan

Mersita ยท Nov 26, 2021 10:00 AM

Tunang mangsa kemalangan BMW M4 di Tanjong Pagar kekal positif, rawatan lecur masih berjalan 01

Tragedi kemalangan melibatkan sebuah BMW M4 di Tanjong Pagar, Singapura sehingga menyebabkan kelima-lima mangsa di dalamnya maut pada Februari lalu masih segar dalam ingatan ramai.

Bagi Raybe Oh Siew Huey (26) pula, tunang kepada mendiang Jonathan Long yang memandu kereta berkenaan, telah didiscaj dari hospital pada Jun lalu dan dilaporkan sedang berada dalam keadaan baik dan kekal positif, lapor The Straits Times.

Raybe Oh, bekas pramugari dan penghibur getai, mengalami kecederaan lecur sehingga kira-kira 80 peratus akibat dijilat api dari M4 yang terbakar dalam kemalangan tersebut setelah ia merempuh rumah kedai di Tanjong Pagar pada kira-kira 5.40 pagi pada 13 Februari lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Video tular BMW M4 ‘dilenjan’ sebelum rempuh kedai di Tanjong Pagar

Raybe yang panik ketika itu meluru ke kereta tersebut untuk menyelamatkan Jonathan serta rakan lain yang terperangkap di dalamnya.

Menurut laporan akhbar itu juga, Hospital Umum Singapura telah mengesahkan bahawa Raybe telah didiscaj pada Jun lalu. Selepas kemalangan itu, dia dirawat di unit penjagaan intensif dan mula stabil lebih seminggu kemudian sebelum dipindahkan ke wad penjagaan rapi.

Tunang mangsa kemalangan BMW M4 di Tanjong Pagar kekal positif, rawatan lecur masih berjalan 01

Shin Min Daily News pula melaporkan bahawa rakan baik Raybe memaklumkan yang Raybe kekal positif namun masih perlukan masa dan ruang untuk sembuh. Ayah kepada Raybe pula berkata Raybe masih lagi menjalani proses pemulihan, rawatan cantuman kulit serta terapi fizikal.

Jonathan Long (29), terkorban dalam kemalangan tersebut bersama penumpang lain iaitu Eugene Yap (29), Elvin Tan Yong Hao (28), Teo Qi Xiang (26), serta Gary Wong Hong Chieh (29) pada pagi malang itu.

Semoga Raybe Oh terus diberi kesihatan dan semangat untuk pulih seperti sediakala.

Baca juga: Video baru BMW M4 kemalangan di Tanjong Pagar tular, wanita nekad berlari ke dalam api

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda