window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi?

Khairil · Oct 30, 2022 08:00 PM

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 01

Selepas lebih dua tahun 'beku' di pasaran Malaysia, salah satu 'Sportbike' suku liter paling hangat membuat kemunculan semula tahun ini dengan nama sedikit berbeza, Modenas Ninja 250.

Apa yang lebih menarik, berbanding model terdahulu (jenama Kawasaki), ia kini tiba dengan dua varian, Standard dan ABS. Dan dipadankan dengan lencana Modenas, perkara lagi mengujakan pastinya adalah mengenai harga yang ditawarkan di pasaran.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi apabila bersama logo Modenas, persoalan atau perkara yang mencetus kegusaran bakal pembeli adalah mengenai kualiti Ninja 250 ini. Sekalipun menjadi antara model paling 'dirindui', percayalah kebimbangan itu tetap wujud.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 01

Dan kerana itulah sebagai mukadimah, kami yang berada dalam industri media automotif tempatan, termasuk WapCar dibawa khusus Modenas untuk melihat sendiri kemudahan kilang pemasangan Modenas/Kawasaki di Gurun, Kedah.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 02

Jadi daripada penerangan dan pemerhatian yang dibuat oleh kami, apa yang boleh dijamin adalah kualitinya memang dijaga bukan saja oleh Modenas, malah Kawasaki Jepun sendiri.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 03

Malah susulan sesi taklimat dan soal jawab yang dibuat, termasuk yang kami saksikan sendiri, boleh kami sahkan ia memang mempunyai standard tinggi sama ditetapkan Kawasaki Jepun.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 04

Malah bukan saja dari sudut kelengkapan, malah cara kerja turut menggunakan yang sama digunakan Kawasaki di mana-mana kilang pemasangannya di seluruh dunia.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 05

Selepas pelancaran rasminya beberapa bulan lepas, kami akhirnya diberi peluang untuk menunggang uji model hangat ini, Modenas Ninja 250 ABS oleh Modenas dan inilah maklumbalas yang kami. Jom!

Rekaan - tetap 'sedap' mata memandang

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 06

Tidak baru tapi rekaan Ninja 250 yang diperkenalkan pada tahun 2019 ini sememangnya memikat. Jujur menyatakan, ia masih boleh dianggap antara terhensem dalam segmen berkenaan.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 07

Malah mengikut mata penulis, rekaannya tidak kalah dengan versi terbaharu Honda CBR250RR atau Yamaha YZF-R25. 

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 08

Secara keseluruhan, rekaannya memang mengikuti gaya jentera lebih bertenaga Kawasaki seperti Ninja 600 dan ZX10R yang memang kacak. Dan kerana dimensinya yang agak besar, ia nampak seperti 'big bike' dan mahal.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 09

Tetapi bersama Modenas, antara kelainan yang perlu dihadam adalah corak grafik yang digunakan kini lebih ringkas, terutama untuk pilihan warna yang kami peroleh, Metallic Matte Graphite Gray.

Trenkuasa - lancar dan bertenaga

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 10

Seperti jenama Jepun lain, Kawasaki juga sememangnya terkenal dengan penghasilan enjin yang berkualiti. 

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 11

Untuk trenkuasa Kawasaki Ninja 250 ABS, enjin 250 cc, 2 Silinder yang dipadankan berupaya menghasilkan kuasa 37 Hp pada 12,500 rpm dan tork 23.5 Nm pada 10,000 rpm. Untuk angka itu, mudah untuk menyatakan ia salah satu penawaran paling bertenaga dalam kelasnya.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 12

Ketika diuji di lebuhraya, kuasa yang dihamburkan memang memberi rasa 'syok'. Penukaran gear juga lancar dan rasa tepat menerusi bantuan sistem Assist & Slipper (A&S).

Tetapi apa yang paling menarik, ia turut memberi rasa sensasi motosikal besar dan berupaya memecut dengan laju. Pada berat 164 kg, motosikal ini terasa ringan tapi apa yang penting, pulasan terotel memberi keseronokan.

Tunggangan - Seronok ketika santai, padu ketika 'diperah'

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 13

Tidak susah untuk mengendalikan Modenas Ninja 250 ABS ini. Apa yang menarik, kedudukan bar hendal yang tidak terlalu tinggi membuatkan penunggang tidak 'sakit badan' namun tetap memberi perasaan syok menunggang 'Superbike'.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 14

Ditambah dengan petinggian pelana 795 mm, cukup mudah untuk melalukan tunggangan santai malah untuk individu seperti penulis yang berbadan sasa, ia juga bukanlah satu masalah. Di kelajuan tinggi, visor angin sememangnya membantu tapi perlu menunduk sedikit. 

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 15

Masih menggunakan fork teleskopik konvensional, sistem suspensi Modenas Ninja 250 ABS mungkin nampak tidak begitu mewah dan mungkin tidak begitu 'syok' melayan selekoh seperti motosikal yang menggunakan fork jenis terbalik (USD). Tetapi, apabila diuji, ia tetap memberi keseronokkan terutama kepada yang baru mencuba belajar melayan selekoh.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 16

Dipadankan dengan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri boleh laras preload, ia menjalankan tugas dengan baik dan apa yang bagus, ia cukup selesa, tiada hentakan yang terlampau keras dirasai terutama ketika bersantai.

Selain itu, tayar yang dibekalkan kilang ketika jalan kering menjelankan tugas dengan baik. Tetapi apabila keadaan jalan basah, diharapkan lebih berwaspada terutama yang gemar menunggang laju.

Teknologi

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 17

Satu perkara yang perlu diakui Modenas Ninja 250 ABS boleh dianggap sebagai veteran dalam segmennya ketika ini. Justeru, teknologi yang dipadankan juga ringkas, tiada mod tunggangan, Kawalan Traksi dan sebagainya.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 18

Begitupun, kehadiran A&S dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) benar-benar membantu. Penulis sempat menguji brek ini dengan keras beberapa kali dan hasilnya memang menarik. Terus terang, situasi itu memang memberian keyakinan tambahan kepada penunggang untuk terus memulas terotel dengan senyuman.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 19

Pelana yang dibekalkan tidak begitu empuk (terutama buat penulis) tetapi ia masih boleh diterima sekalipun melakukan perjalanan jarak jauh. Untuk pembonceng pula, kepada yang tidak biasa, ia mungkin menghasilkan sedikit rungutan.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 20

Untuk jentera suku liter, penggunaan bahan api Modenas Ninja 250 ABS ini boleh dikatakan tidak begitu mengoyakkan poket dan jika anda menunggang dengan santai, ia memang menjimatkan.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 21

Dan terakhir sekalipun masih menggunakan panel meter gabungan analog dan digital LCD, ia bukan satu masalah besar kerana paparannya mudah dibaca, terang ketika tengah mentari.

Kesimpulan

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 22

Sekalipun 'kembali' dengan lencana berbeza, Modenas Ninja 250 ABS diakui masih jentera seperti dibayangkan peminatnya sekalipun mungkin ada yang kecewa ia tidak lagi menggunakan logo Kawasaki.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 23

Berada dalam segmen yang agak kompetitif dan penuh dengan pesaingan, terutama kehadiran model dari China, Modenas Ninja 250 ABS dirasakan masih mampu bersaing dan berdasarkan maklumat diperoleh, ia memang laris.

Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi? 24

Selain boleh menjalankan tugas dengan baik untuk tunggangan harian, Modenas Ninja 250 ABS yang dijual pada harga  RM 20,500 (asas) juga mampu memberi kegembiraan di hujung minggu dan cukup sesuatu untuk mereka yang mahu 'berlatih' sebelum 'upgrade' ke jentera lebih berkuasa.

Tetapi seperti laporan tunggang uji kami yang lain, poket anda, pilihan di tangan anda.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda