window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tunggang Yamaha LC hantar ular sawa gergasi ke Perhilitan!

Khairil ยท Jun 2, 2021 02:00 PM

Tunggang Yamaha LC hantar ular sawa gergasi ke Perhilitan! 01

Bawa ular sawa gergasi menggunakan motosikal Yamaha LC 135. Adegan berkenaan mungkin mengerikan namun itulah yang dilakukan dua lelaki sebelum video mengenai tindakan pelik mereka itu tular, beberapa hari lalu.

Video berkenaan sememangnya menakutkan lebih-lebih lagi ular sawa batik dipercayai mempunyai berat kira-kira 200 kg itu hanya dililit pada pinggang penunggang motosikal berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tunggang Yamaha LC hantar ular sawa gergasi ke Perhilitan! 01

Daripada video berdurasi 21 saat itu, lelaki yang dipanggil 'Pak Abu' itu langsung tidak menampakkan tanda bimbang malah turut menepuk reptilia itu beberapa kali ketika perbuatannya itu dirakam individu lain.

Begitupun, tindakan merbahaya itu dibuat untuk membawa ular sawa berkenaan ke pihak berkuasa iaitu Perhilitan.

Tunggang Yamaha LC hantar ular sawa gergasi ke Perhilitan! 02

Memetik laporan Harian Metro, video berkenaan dipercayai berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 29 Mei lalu dan sudah pun mendapat maklum balas daripada pihak perhilitan sendiri.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, ular sawa itu ditangkap di kebun getah di kampung Lubuk Simpul, Kuala Krai pada jam 6 petang Jumaat lalu oleh individu bernama Mohd Hamdan Mahadi, 34, dan pemilik kebun getah berkenaan.

Tunggang Yamaha LC hantar ular sawa gergasi ke Perhilitan! 03

"Mereka khuatir ular sawa besar itu boleh mengancam keselamatan penduduk. Susulan itu ular sawa berkenaan kemudian ditangkap dan dibawa menaiki motosikal untuk diserahkan kepada pihak Perhilitan.

"Mereka sebelum itu bertindak menghubungi petugas Perhilitan Kuala Krai pada jam 12 tengah hari bagi memaklumkan penghantaran `reptilia' buas itu," katanya.

Tunggang Yamaha LC hantar ular sawa gergasi ke Perhilitan! 04

Sementara itu, Kadir berkata individu berkenaan iaitu Hamdan sudah pun memohon maaf susulan video tular berkenaan kerana ia bukan dirancang olehnya.

"Ular sawa batik itu kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan pada jam 2 petang Ahad lalu sebelum ditempatkan sementara di sangkar Perhilitan Kuala Krai,"  kata Kadir.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda