window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ujian MotoGP 2021 di Sepang 'diteruskan', tunggu lampu hijau dari kerajaan

Khairil ยท Jan 6, 2021 11:00 AM

Ujian MotoGP 2021 di Sepang 'diteruskan', tunggu lampu hijau dari kerajaan 01

Tiada perlumbaan MotoGP di Malaysia tahun lalu selepas bertahun-tahun penganjurannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berikutan penularan wabak Covid-19 memang sesuatu yang 'menyakitkan' buat peminat sukan permotoran tempatan.

Memasuki musim Abaharu 2021, timbul persoalan adakah situasi sama berulang ketika tarikh ujian musim sejuk dan ujian rasmi pertama MotoGP yang dijadual pada 14 hingga 16 Februari dan 19 - 21 Februari di SIC dapat diteruskan atau tidak ketika wabak merbahaya itu dilihat terus 'mengganas' di seluruh dunia.

Ujian MotoGP 2021 di Sepang 'diteruskan', tunggu lampu hijau dari kerajaan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, menurut laporan media antarabangsa, ujian musim sejuk dan Ujian Rasmi pertama MotoGP di SIC itu bersama pelancaran pasukan PETRONAS Yamaha SRT 2021 tetap akan 'diteruskan' seperti dijadualkan di Malaysia.

Tetapi ia bersyarat dan masih perlu menunggu kelulusan daripada kerajaan Malaysia.

Ujian MotoGP 2021 di Sepang 'diteruskan', tunggu lampu hijau dari kerajaan 01

Prinsipal pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali dikatakan sedang bekerja keras bagi mendapatkan kebenaran dari pihak kerajaan untuk program berkenaan.

Jika dibenarkan, ini kali pertama pasukan-pasukan MotoGP berkelana ke luar Eropah sejak penularan wabak Coronavirus yang melanda seluruh dunia hampir setahun yang lalu.

Ujian MotoGP 2021 di Sepang 'diteruskan', tunggu lampu hijau dari kerajaan 02

Malaysia ketika ini menutup pintu sempadannya kepada warga asing melainkan mereka diberikan surat kebenaran bertulis daripada kerajaan Malaysia selain turut diwajibkan untuk menjalani kuarantin sebelum dibenarkan masuk.

Justeru, Jabatan Imigresen perlu memberikan pelepasan istimewa kepada mereka yang terlibat dalam ujian berkenaan.

Ujian MotoGP 2021 di Sepang 'diteruskan', tunggu lampu hijau dari kerajaan 03

Bagi mendapatkan kelulusan berkenaan, pasukan-pasukan MotoGP dijangka perlu melalui protokol yang sama, malah mungkin lebih ketat.

Ujian MotoGP 2021 di Sepang 'diteruskan', tunggu lampu hijau dari kerajaan 04

Sumber imej: MKN

Ia termasuk ujian calitan sebelum dan selepas ketibaan selain ditambah dengan kawalan pergerakan yang terhad ketika berada di negara ini.

Protokol yang sama juga dijangka akan dilaksanakan ketika pelancaran rasmi pasukan PETRONAS Yamaha SRT yang dijadual berlangsung di SIC sehari sebelum ujian itu berlangsung.

Ujian MotoGP 2021 di Sepang 'diteruskan', tunggu lampu hijau dari kerajaan 05

Ketika ini, tiada media dijangka dibenarkan untuk berada pada majlis berkenaan dengan dijangka, bintang baru pasukan itu, Valentino Rossi dan rakan sepasukannya, Franco Morbidelli akan mendedahkan 'Livery' baharu jentera YZR-M1 pasukan itu bagi musim 2021.

Majlis berkenaan begitupun masih boleh ditonton menerusi penstriman video menerusi internet dan boleh diakses peminat dan media.

Ujian MotoGP 2021 di Sepang 'diteruskan', tunggu lampu hijau dari kerajaan 06

Selepas Sepang, Ujian Rasmi kedua dan terakhir dijadual di Qatar pada 10 hingga 12 Mac yang turut menjadi gelanggang bagi perlumbaan pembukaan pada 28 Mac nanti.

Ujian MotoGP 2021 di Sepang 'diteruskan', tunggu lampu hijau dari kerajaan 07

Sumber imej: Facebook Razlan Razali,Facebook PETRONAS SRT, Facebook MotoGP

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda