window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship?

Haris · Feb 27, 2021 04:00 PM

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship? 01

Ya, tak patut untuk bandingkan Perodua Ativa (D55L) dengan Proton X50. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun apabila bercakap mengenai prestasi enjin, kedua-duanya tampak setanding.

Jadi bagaimana? Berikut adalah sedikit huraian bagi mereka yang berminat dengan prestasi.

Ujian pecutan 0-100 km/j, X50 vs Ativa

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship? 02

Kluster meter digital pada Toyota Raize

Ujian awal oleh media dari Jepun yang menguji Toyota Raize memaparkan keputusan yang agak memberansangkan. Hal ini kerana, ujian pecutan 0-100 km/j model ini mencatatkan tempoh masa selama 9.6 saat sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai ulangkaji, Toyota Raize hadir dengan enjin 3 silinder 1.0 liter turbo (98 PS, 140 Nm) dengan gabungan transmisi CVT yang turut digunakan pada Perodua Ativa (D55L).

Walaubagaimanapun, model JDM tersebut mempunyai berat sebanyak 1,050 kg dengan pacuan semua roda (AWD). Model tempatan Perodua Ativa (D55L) pula dijangka lebih ringan, disebabkan oleh konfigurasi pacuan roda depan (FWD).

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship? 01

Ujian Proton X50 Flagship kami mencatatkan ujian pecutan selama 8.6 saat (beza 1 saat). Bacaan kuasa yang ditawarkan oleh Proton X50 Flagship adalah sebanyak 177 PS dan 255 Nm.

Perodua Ativa (D55L) masih belum dilancarkan secara rasmi tetapi anda boleh ikuti Wapcar.my dengan rapat kerana kami pasti akan melakukan ujian tersebut pada Perodua Ativa (D55L) nanti.

Kepentingan nisbah kuasa : berat

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship? 02

Teknologi enjin kini lebih maju berbanding dahulu. Pemahaman yang lebih baik juga diterjemahkan pada prestasi dunia nyata. Hal ini kerana nisbah kuasa : berat memainkan peranan yang lebih penting terhadap prestasi berbanding kuasa kuda dan tork.

Baca: Kepentingan tork tinggi

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship? 03

Dengan hanya 98 PS kuasa kuda, bebanan yang perlu ditampung Toyota Raize adalah sebanyak 1.050 tan sahaja. Ini menyebabkan bacaan nisbah kuasa : berat sebanyak 93.3 PS / tan.

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship? 04

Proton X50 pula mencatatkan sebanyak 129 PS / tan dengan kuasa kuda sebanyak 177 PS yang menarik 1.370 tan bebanan.

Dengan berat Perodua Ativa dijangka lebih ringan berbanding Toyota Raize, mampukah ia memberikan bacaan yang lebih baik?

Jika anda pentingkan prestasi semata-mata...

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship? 05

Jika anda begitu mementingkan prestasi, tentunya Proton X50 adalah pilihan anda.

Apa yang ditawarkan oleh Perodua Ativa cenderung kepada nilai yang berbaloi. Ia bukan sekadar prestasi semata-mata, ia lebih kepada pakej keseluruhan SUV tersebut.

Baca: Perodua Ativa - 680 km satu tangki beb!

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship? 06

Kabin dalaman Toyota Raize

Selain daripada enjin, baca juga panduan mengenai transmisi D-CVT yang ditawarkan pada Perodua Ativa. Tahukah anda bahawa transmisi ini ada had tork sehingga 150 Nm? Bacaan tork pada model Perodua Ativa ini hanyalah 140 Nm. Ada yang sedang berkira-kira nak buka limiter ini? 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda