window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ujian Shakedown MotoGP Sepang: Crutchlow akui pernah telan pil 'thermometer', 'gerun' panas di Malaysia!

Khairil ยท Feb 3, 2023 07:00 PM

Ujian Shakedown MotoGP Sepang: Crutchlow akui pernah telan pil 'thermometer', 'gerun' panas di Malaysia! 01

Selain ujian pra-musim rasmi pertama yang dijadual pada 10 hingga 12 Februari depan, Litar Antarabangsa Sepang turut menjadi destinasi ujian 'Shakedown' MotoGP yang bermula 5 hingga Februari ini.

Begitupun, ujian itu tidak menampilkan pelumba-pelumba yang bakal beraksi pada musim ini namun dikhaskan kepada pelumba ujian pasukan serta muka baharu atau 'rookie' seperti Augusto Fernandez.

Ujian Shakedown MotoGP Sepang: Crutchlow akui pernah telan pil 'thermometer', 'gerun' panas di Malaysia! 02

Cal Crutchlow

Antara pelumba yang turut mengambil bahagian termasuklah pelumba ujian Yamaha, Cal Crutchlow yang juga bekas pelumba pasukan RNF Yamaha MotoGP musim lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengulas mengenai ujian 'Shakedown' di Sepang, pelumba kelahiran Britain itu menyifatkan ia sebagai cabaran getir terutama kepada fizikal berikutan keadaan cuaca yang panas di Malaysia.

Ujian Shakedown MotoGP Sepang: Crutchlow akui pernah telan pil 'thermometer', 'gerun' panas di Malaysia! 01

"Orang ramai tidak faham, apabila kamu menunggang di sini, ia adalah sukar," kata Crutchlow memetik laporan Crash.net. "Masalahnya bukan saja panas daripada enjin jentera yang kamu tunggang, tetapi panas yang datang daripada belakang ekzos pelumba lain, jelas, ia amat panas di sini.

"Saya langsung tak faham mengapa (sesetengah) pelumba masih duduk dengan sut lumba mereka dua jam selepas perlumbaan.

Ujian Shakedown MotoGP Sepang: Crutchlow akui pernah telan pil 'thermometer', 'gerun' panas di Malaysia! 02

"Untuk kebanyakan sukar, ada protokol mengenai kepanasan. Di sini, kami terus beraksi pada suhu 1,000 darjah selsius..."

"Saya pernah telan pil sebelum ini, pil 'thermometer'. Beberapa tahun lalu. Saya rasa Brad Smith juga melakukan perkara sama. Kamu akan memperoleh data di telefon bimbit dan seseorang akan melakukan analisa."

Ujian Shakedown MotoGP Sepang: Crutchlow akui pernah telan pil 'thermometer', 'gerun' panas di Malaysia! 03

Menurut Crutchlow, sukan permotoran mempunyai kadar suhu teras tertinggi hingga 40 darjah dan kelajuan degupan jantung terlaju berbanding mana-mana sukan di dunia.

"Disebabkan kamu memakai sut kulit, berada di jentera yang panas, keadaan suhu melepasi 40 darjah sepanjang perlumbaan di sini. Jujurnya, selepas melepasi selekoh pertama, suhu teras kamu akan melebihi 40 darjah.

Ujian Shakedown MotoGP Sepang: Crutchlow akui pernah telan pil 'thermometer', 'gerun' panas di Malaysia! 04

"Kamu bayangkan, itu baru selekoh pertama dan kamu masih mempunyai 20 pusingan untuk diteruskan. Ia memang menakjubkan.

"Apabila kamu memakai sut lumba, menghembus nafas ke muka sendiri, dengan denyutan jantung pada kadar degupan jantung 200 denyutan seminit, 35 darjah selsius, kelembapan yang tinggi, menunggang di atas motosikal yang memiliki kepanasan 1,000 darjah dengan semua jentera berada berdekatan kamu... ia amat sukar."

Sumber imej: FB WithU Yamaha RNF Motogp Team

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda