UK bakal haramkan penjualan kenderaan petrol dan diesel menjelang 2030?

Haris · Nov 17, 2020 10:00 AM

UK bakal haramkan penjualan kenderaan petrol dan diesel menjelang 2030? 01

Kerajaan Britain dan Kesatuan Eropah sedang giat menjalankan perang terhadap kenderaan dengan sisa karbon khususnya petrol dan diesel. Dalam sebuah laporan oleh Reuters, perancangan awal untuk UK bebas kenderaan petrol dan diesel telah dipercepatkan.

UK bakal haramkan penjualan kenderaan petrol dan diesel menjelang 2030? 02

MINI Electric Edisi Pertama

Sebelum ini, UK mensasarkan untuk bebas karbon menjelang tahun 2040 tetapi kerajaan baru di bawah Perdana Menteri Boris Johnson mahu mempercepatkan langkah tersebut ke tahun 2030, kurang 10 tahun dari sekarang.

UK bakal haramkan penjualan kenderaan petrol dan diesel menjelang 2030? 03

Volvo S60 hybrid

Walau bagaimanapun, kenderaan hybrid yang menggunakan kedua-dua bahan api dan elektrik akan menikmati penjualan yang sedikit panjang iaitu hingga tahun 2035. UK bercadang untuk bebas kenderaan karbon sepenuhnya menjelang 2035.

UK bakal haramkan penjualan kenderaan petrol dan diesel menjelang 2030? 01

Tiada lagi enjin pembakaran dalam

Langkah kerajaan UK ini nampaknya bakal diikuti oleh Kesatuan Eropah (EU) yang turut mensasarkan untuk kenderaan bebas karbon sepenuhnya menjelang 2025.

UK bakal haramkan penjualan kenderaan petrol dan diesel menjelang 2030? 02

Porsche Taycan di Malaysia

US yang kini sedang menjalani proses pengundian untuk presiden turut menjadi penentu terhadap polisi-polisi automotif berkaitan pelepasan karbon. Dengan kuasa-kuasa besar dunia menuju ke arah kenderaan elektrik, adakah pasaran ASEAN khususnya Malaysia bakal mengikuti langkah tersebut?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Porsche Taycan RWD

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru