window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai?

Faisal · Aug 16, 2020 11:30 AM

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 01

Nama Mercedes-Benz tidak asing dalam penghasilan jentera yang hebat, terutama dari sudut teknologi, kemewahan dan tahap keselesaan. Maklumlah, mereka adalah pengeluar yang mencipta kereta produksi pertama pada tahun 1885 sehinggalah sekarang.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 02

Model E-Class generasi W210 yang dihasilkan dari tahun 1995 hingga tahun 2003 merupakan sejarah kehebatan Mercedes-Benz dalam meningkatkan standard kelasnya dalam aspek teknologi, kemewahan, rupa paras dan keselesaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 01

Model W210 yang membuat kemunculan pada tahun 1995 didatangkan dalam tiga versi iaitu, iaitu "Classic", "Elegance" dan "Avantgarde".

Versi “Classic” adalah versi asas E-Class, dimana reka bentuk luarannya agak selamat. Versi "Elegance" pula merangkumi roda aloi ringan dengan reka bentuk sepuluh jejari, sentuhan dalaman seperti kayu, tombol gear dan roda stereng berbalut kulit, dan juga pendingin hawa di tempat duduk belakang. Ini dibezakan lagi daripada versi "Classic" melalui pemegang pintu dan bampar sentuhan krom yang dilengkapi jalur pelindung.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 02

Versi "Avantgarde" menonjolkan diri dengan lebih jelas daripada adik-beradik mereka, dengan gril radiator eksklusif yang menggabungkan lima bar krom mendatar dimana garisan ini mempunyai profil yang tersendiri. Ia juga didatangkan dengan lampu xenon dihadapan.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 03

Kereta ini mempunyai kentinggan badan yang diturunkan, casis sport dan tayar lebar pada roda aloi ringan bersaiz 16-inci dengan reka bentuk lima bilah. 

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 04

Versi sentuhan AMG untuk W210 iaitu E 50 AMG yang dilancarkan di pasaran setahun selepas pelancaran pertama model ini didatangkan khas dengan enjin 8-silinder dan transmisi 5-kelajuan automatik.

Yang pasti, reka bentuk yang dikenali sebagai "Mercedes mata belalang” yang kita pernah dengari suatu ketika dahulu tidak dapat dilupakan.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 05

Ketika E-Class generasi W210 membuat kemunculan pada bulan Jun 1995, buat pertama kalinya Mercedes-Benz E-Class mempunyai bahagian depan yang menonjol. Ia menampilkan empat lampu depan berbentuk bujur.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 06

Reka bentuk seperti coupe pada bahagian hujung belakang juga pernah menimbulkan kontroversi. Namun begitu, elemen reka bentuk yang berbeza dengan garisan yang lebih tepat daripada generasi W124 sebelumnya telah diterima baik oleh para pakar dan orang ramai. Dengan itu, model W210 ini pernah dianugerahkan 'Red Dot Design Award' iaitu anugerah reka bentuk yang terkenal dalam industri permotoran.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 07

Tetapi bukan hanya bentuk khasnya yang memberi impak besar dalam sejarah model E-Class. Ia juga menggabungkan lebih daripada 30 inovasi teknikal. Antara inovasinya ialah:

  • Kawalan cengkaman secara elektronik (ETS)
  • Operasi cermin secara elektronik
  • Paparan suhu luaran
  • Perangkap habuk
  • Lampu brek ketiga di bahagian but belakang

Satu inovasi yang luar biasa ialah pencapaian kadar lintasan angin aerodinamik serendah 0.27 Cd.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 08

Di samping itu, model W210 juga adalah kereta produksi Mercedes-Benz pertama yang menampilkan lampu Xenon di hadapan (termasuk kawalan jarak lampu depan yang berpusing arah mengikut pusingan stereng), khusus untuk versi "Avantgarde".

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 09

Versi wagon juga didatangkan untuk pembeli yang mementingkan ciri praktikal terutama di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 10

Bermula model tahun 2000, sistem maklumat pelbagai fungsi dimasukkan ke dalam paparan di bawah meter halaju dan juga pengenalan tombol kawalan untuk sistem audio, navigasi dan telefon.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 11

Selain itu, transmisi 5-kelajuan automatik juga memperkenalkan sistem 'Touch Shift' yang menggunakan posisi +/- untuk kawalan secara manual pada kotak gear.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 12

Mercedes-Benz juga adalah pengeluar kereta pertama di seluruh dunia yang menggunakan pengikat kekuatan tali pinggang dan ini didatangkan standard dalam E-Class model W210. Di samping itu, perlindungan hentaman tepi ditingkat lagi dengan sistem beg udara yang dikemaskini.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 13

Antara sistem inovatif lain yang terdapat pada W210 termasuklah pengesan hujan untuk pengelap cermin hadapan, pengesan kualiti udara automatik untuk kawalan iklim, dan Parktronic (PTS) sebagai alat bantuan parkir yang diadaptasi oleh sistem 'ultrasonik'.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 14

Sebagai tambahan, versi perlindungan khas yang kebanyakannya buatan tangan didatangkan bagi memenuhi permintaan oleh segmen kelas pertengahan untuk mereka lebih mementingkan kekebalan perlindungan keselamatan.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 15

Pada permulaannya, model W210 dilancarkan dengan lapan pilihan enjin, lima daripadanya menggunakan petrol: enjin 4-silinder (E 200 dan E 230), enjin 6-silinder (E 280 dan E 320) dan enjin 8-silinder (E 420). Ia juga didatangkan dengan enjin diesel 4-silinder (E 220) dan 6-silinder (E 300), dan juga enjin jenis turbodiesel pada (E 290).

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 16

Pilihan enjin OM 602 DE 29 LA 2.9 liter 5-silinder selari berkuasa diesel adalah salah satu kejayaan kejuruteraan Mercedes yang dilengkapi dengan turbocharger dan juga intercooler - yang pertama untuk kereta Mercedes-Benz.

Enjin baru itu merupakan langkah pertama Mercedes-Benz bagi memperkenalkan enjin diesel direct-injection untuk pengguna yang lebih mementingkan keselesaan.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 17

Varian E-Class W210 yang paling berkuasa dilengkapi dengan versi E 55 AMG. Dilancarkan pada tahun 1997, ia menghasilkan 354 hp daripada enjin 5.5 liter V8 yang mencatat masa 5 saat sahaja untuk pecutan 0-100 km/j.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 18

W210 E55 AMG dianggap lebih unggul daripada pesaing E39 M5 dari segi cengkaman dan kemudahan pemanduan

Namun demikian, varian khas eksklusif seperti ini tidak dapat menafikan kenyataan bahawa E-Class model W210 masih mengikuti tradisinya sebagai kenderaan paling berjaya dalam segmen eksekutif disamping menguasai bahagian pasaran yang lebih besar daripada model pendahulunya.

Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai? 19

Secara keseluruhan, 1,374,199 sedan dan 279,238 wagon telah terjual sebelum ia digantikan oleh model W211 pada tahun 2002.

 

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz AMG E-Class E63S 4Matic+

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda